kembara

***** KEMBARA SEMALAYSIA***** DALAM MIMPI DAN REALITI BERKEMBARA DI TEMPAT YG MENARIKDIIPOH, KAMPAR, TELUK INTAN, SUNGAI SIPUT, KUALA KANSGAR, TAIPING DAN BATU GAJAH SERTA KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA. UNTUK KETERANGAN LANJUT EMAIL arefendi@yahoo.com

Sabtu, 10 Julai 2010

WAJARKAH MANSUHKAN UPSR & PMR?

Menurut UNESCO Pendidikan di Malaysia merupakan negara yang 45 di dunia. Ini merupakan pengiktirafan kepada kita. Malah negara kita juga mempunyai standard pendidikan kita sendiri iaitu MQA.
Melalui sistem pendidikan negara, kita dapat menghasilkan tokoh yang terbilang dunia contohnya Datuk Seri Mahathir Mohammad. Tapi yang menjadi persoalannya, kenapa sistem pendidikan yang sediaada ini perlu diubah?
Kalau kita melihat senario yang berlaku dalam sistem pendidikan negara ini, jika berlakunya pertukaran Menteri Pendidikan maka akan berlakulah perubahan dalam sistem pendidikan negara. Mereka seolah-olah cuba untuk mendapat nama dan populariti dengan mengubah sistem pendidikan yang sedia ada. Cubalah kita lihat kembali apa yang berlaku pada dasar PPSMI yang akhirnya dimansuhkan. Bukan sahaja membuang duit rakyat malah pelajar-pelajar sekolah menjadi mangsa. Pelajar-pelajar ini dahulunya diajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris kemudian diubah kembali pembelajaran dalam bahasa ibunda.
Apa manafaat yang kita dapat dengan pemansuhan UPSR & PMR? Seperti yang kita sedia maklum, UPSR & PMR digunakan sebagai mekanisme untuk menilai seseorang pelajar samaada dia layak untuk ke asrama penuh atau tidak. Malah ia juga digunakan untuk menentukan aliran yang sesuai dengannya samaada aliran Sains dan Sastera.
Sebenarnya pelajar-pelajar mempunyai kemahiran yang berbeza-beza. Ada pelajar yang menjurus kepada bidang kemahiran. Mereka ini tidak minat pada pelajaran berdasarkan teori seperti yang di ajar di sekolah biasa. Melalui keputusan PMR kita boleh tahu samada pelajar ini berminat belajar atau tidak. Bagi pelajar yang mendapat keputusan PMR yang tidak memuaskan, mereka boleh memohon masuk sekolah Teknik dan Vokasional untuk mereka belajar bidang kemahiran yang sesuai dengan mereka dan menyebabkan mereka tidak tercicir dari alam persekolahan.
Jika berlakunya pemansuhan UPSR & PMR, apa pula yang berlaku kepada pusat-pusat tusyen yang terdapat di serata pelusuk negara kita? Kemana pula guru-guru tusyen ini hendak mencari pekerjaan?
Kadangkala keputusan yang kita buat janganlah mengikut isihati kita. Kita perlu berfikir diluar kotak dan berfikir dari semua segi.
Sebenarnya sistem pendidikan yang sedia ada sudah mencukupi. Cuma kita perlu melihat kepada falsafah pendidikan negara iaitu pada peringkat sekolah rendah hendaklah pelajar itu mahir dalam 3 kemahiran iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Kalau kita lihat guru yang cemerlang disuruh ajar kelas yang pandai dan guru-guru yang tidak cemerlang disuruh ajar kelas yang pelajar-pelajarnya lembab. Sepatutnya, guru cemerlang mengajar kelas pelajar lembab kerana kalau mengikut falsafah pendidikan negara, bukan cemerlang dalam peperiksaan yang diutamakan tetapi kebolehan seseorang pelajar itu menguasai kemahiran 3M.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan