kembara

***** KEMBARA SEMALAYSIA***** DALAM MIMPI DAN REALITI BERKEMBARA DI TEMPAT YG MENARIKDIIPOH, KAMPAR, TELUK INTAN, SUNGAI SIPUT, KUALA KANSGAR, TAIPING DAN BATU GAJAH SERTA KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA. UNTUK KETERANGAN LANJUT EMAIL arefendi@yahoo.com

Jumaat, 28 Mei 2010

STESYEN KERETAPI IPOH DALAM KENANGAN





BERDIRI MEGAH ENGKAU DITENGAH KEPESATAN PEMBANGUNAN,
MENJADI TEMPAT PERSINGGAHAN SEMENTARA,
MENJADI TEMPAT PERTEMUAN,
MENJADI TEMPAT PENKAJI SEJARAH,

ENGKAU TELAH MEJADI MANGSA PEPERANGAN,
ENGKAU MENJADI HAMBA KEPADA 3 NEGARA,

WALAUPUN USIAMU MENCECAH SATU ABAD,
TAPI ENGKAU TETAP MENABUR BAKTI,

STESEN KERETAPI IPOH DALAM KENANGAN


jANGAN bincang lama2 yoep......ingat kat orang lain yg dah lama tunggu ni...


Isnin, 24 Mei 2010

IPOH BATIK


Dakwat untuk mencanting batik


Pondok pameran batik

Tangga yg diperbuat dari buluh kuning

Bayangan yg terdapat didalam air begitu indah sekali

Pasu bunga ditengah kolam

Seni yg terdapat di rumah pameran batik


Kain sutera yg telah siap dicorakkan


Tempat mencorak batik


Jumaat, 21 Mei 2010

KOLEJ MATRIKULASI PERAK


Dewan peperiksaan...

Pada 18/5/2010 hingga 19/5/2010 Aku menduduki peperiksaan kenaikan pangkat yg berlangsung di Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng. Aku dianggap sebagai wakil kepada MBI kerana pada tahun ini hanya aku seorang sahaja yg menduduki peperiksaan ini.
Kawasan dan pemandangan diKolej matrikuasi Perak memang menarik kerana ia dibina di atas bukit. Ia adalah jauh dari suasana kesibukan di kota yg penuh dengan bunyi bising dan asap kenderaan.
Yg menjadi kekurangan di sini ialah kemudahan asasnya...Bayangkan kalau pergi tandas yg tiada air...itulah yg terjadi kepada aku. nasib baik le buang air kecil,kalau air besar x tau le macam mane...
Diharap pihak pengurusan kolej dapat mengatasi masalah kemudahan asas ini...


Masjid....


Tempat belajar....




Kantin dan asrama pelajar....

Isnin, 17 Mei 2010

J.O.M Ipoh


Gambar ehsan dari noorizam sabran

J.O.M Ipoh yg diadakan diGunung Lang memang best.....Semua kawan spooting dan sempoi....
Semoga ilmu yg kita dapat dari saudara Noorizam sabran akan kita menafaatkan sebaik mungkin. Sebenarnya mengambil gambar ini adalah satu seni dari diri seseorang itu sendiri. Kalau cantik gambar maka orang itu memang seorang yg berseni. Selamat berkarya semua....

Sabtu, 15 Mei 2010

TEKNIK CANTIK GAMBAR




ELEMEN PENTING FOTOGRAFI

Ada di antara kita yg membeli kamera mahal untuk menangkap gambar yang cantik. Ada pula hanya mengunakan kamera yg murah sahaja dapat menangkap gambar yg menarik. Kenape terjadinya begini.....
Sebenarnya ramai di antara kita yg tidak tahu bahawa kamera yg mahal hanyalah membantu untuk menghasilkan gambar yg menarik. Apa yg penting ialah asas fotografi yg perlu kita tahu untuk menghasillkan gambar menarik..
TERDAPAT PELBAGAI ELEMEN UNTUK MENCANTIKKAN GAMBAR. ANTARANYA IALAH:

1. Garisan (Line)
-Garisan adalah benda yg penting untuk mencantikkan gambar yg kita tangkap. Kadangkala kita mengabaikan elemen yg penting ini. Cuba bayangkan jika kita meletakkan objek/ model yg kita nak tangkap gambar di atas garisan di bawah. Cantikkannnn......


Elemen Garisan


2.Elemen Tekstur (texture)
Ia lebih kurang rekabentuk/rupa yg ada pada sesuatu permukaan. Ia kelihatan seperti 3 dimensi jika ia disinari dengan cahaya dari sesuatu sudut. Ia ada permukaan yg cerah dan gelap (pro dan kontra).

3. Corak (pattern)
Biasanya seni yg ada pada latarbelakang.

Seni yg ada pada tingkap rumah menaikkan lagi gambar subjek...



Pemandangan di rumah kutai Gunung lang Ipoh


4.Depth of Field (keluasan kawasan fokus)
Ia bertujuan untuk menaikkan lagi gambar subjek yg kita nak tangkap. Gambar latarbelakang akan menjadi pudar. Tujuannya adalah untuk memfokuskan gambar subjek yg hendak ditangkap. Mengunakan aperture kecil iaitu f 22-32


sinar mata burung unta.....

Pemandangan secara dekat ......


5.Simetri
Keseimbangan yg terdapat pada latarbelakang akan mencantikkan gambar


Lihatlah menara peninjau yg simetri



Koridor yg simetri di Stesyen KTMB Ipoh



6.Framing
Cara kita meletakkan subjek di dalam gambar kita. Semasa kita memfokuskan subjek penting untuk menentukan posisi/ angle yg cantik.

Gabungan di antara elemen line dan framing
7.Cahaya (light)
Cahaya juga memainkan elemen yg penting. Cuba lihat cahaya yg ada pada daun pokok di bawah. ia ada pro dan kontra. Ia ada tone terang dan gelap

Daun pokok yg di sinari cahaya matahari

Nota;- Semua nota di atas adalah dari tunjuk ajar dari Noorizam Sabran di edisi Jom Ipoh bertempat di Gunung Lang. Terima Kasih bro di atas segala ilmu yg engkau curahkan kepada kami.

GUNUNG LANG


Saudara Noorizaam Sabran memberi sedikit nasihat

Pada 15/5/2010, telah diadakan Jom Ipoh bertempat di gunung lang Ipoh. Ia di anjurkan oleh saudara Noorizam Sabran. Seramai 30 orang telah menyertainya. Di sini kami di ajar tentang teknik untuk menangkap gambar bukan setakat cantik tetapi menarik.




Menara Peninjau Gunung Lang



Suasana di Gua Aircond


Sejuk sungguh udara gua ni yea



Hati2 ketika meniti jambatan tu adik...Sat gi jatuh susah orang nak angkat




Rumah kutai...





Aiiii...siap berposing lagi..Senyummmm.Klik






Mak kecik pun nak berposing juga!!!...







Keindahan taman gunung lang


Saudara Noorizam memberi sedikit penerangan



Sesi menjawab soalan...




Semua jurufoto tekun mendengar penerangan dari saudara Noorizam



Siap naik bot lagiiii....





Nie mengendap ape pulak....




Gua aircond



Mencari posisi menarik untuk tangkap gambar burung unta

NOORIZAM SABRAN


Anggota MBI yg turut serta - Ijat,Faiz, Shamsul

Sehari bersama saudara Ijam memang best. Banyak ilmu yg aku dapat dalam sesi perjumpaan yg singkat ini. Dia memang seorang yg berpengalaman dalam bidang fotografi. Dia juga seorang yg tidak kedekut ilmu dan sanggup datang dari jauh ke Ipoh semata2 untuk bertemu dengan jurufoto Ipoh...Tq saudara ijamm...




Aku bersama saudara Ijam



Sempat ketawa lagi....Bukan ape,aku mintak gambar aku pada abg faiz sebab dah terlalu lama dia x bagi2. Pastu dia cakap kalau mintak macam penyamun camana nak bagi......HUhuhu...

Sabtu, 8 Mei 2010

KASIH SEORANG AYAH



INILAH DIA KASIH SEORANG AYAH YANG SEDAN MEMANDIKAN ANAKNYA..
WALAUPUN TIADA TIMBA, BELIAU HANYA MENGGUNAKAN TANGAN UNTUK MEMANDIKAN ANAKNYA....

CAMERON HIGHLAND


Nursery di cameron

SEHARI DI CAMERON HIGHLAND.....

Sudah lama aku tidak menjejak kaki di cameron highland...aku agak dah 10 tahun. Tanpa diduga,rakan aku telah mengajak aku ke sana bersama2 mereka.
Cameron highland yg ada sekarang tidak sama dengan cameron yg aku pegi dulu..Cuaca di sana tidaklah sesejuk dahulu. Inilah kesan daripada pembangunan. banyak kawasan hutan telah ditebang dan digantikan dengan kebun2 sayur dan rumah2 apartment.
Apa yg akan terjadi 10 tahun akan datang?......Fikir2 lah



Suasana sesak di cameron highland...nak cari parking pun susah...(kat Kea Farm)


Mat Yunus bersama pokok kaktus


Azli family at Kea farm....kalau nak shopping tu kalau boleh jangan bawa budak kecik...macam2 diaorang nak....harga barang kat sini mahalnya 3 kali ganda dari harga biasa.....tapi kalau dah anak minta juga,terpaksalah beli juga..


Izara bersama 2 anaknya


Bergambar di tanah tinggi cameron


ladang Strawbery


Mat Yunus family


Mat Yunus and Azli family

Nampak aje senget tapi kukuh...(Kea FarM)


Bershoping di kea farm



Melawat ladang strawbery...kalau nak beli strawbery,belilah kat kea farm sebab lebih murah...jangan beli kat ladang strawbery...mahallll...sekilo RM40


Pemandangan di ladang teh cameron


Azli di cameron teh


Azli bersama anak2nya


Apa yg kamu fikirkan? Jangan asyik tau nak usik kakak dan adik kamu je...x baik

Azli bersama anak bongsu.....sama tak muka mereka berdua?..

Ladang Teh Cameron

Aik...berdua je....Dah macam pasangan baru kawin



Azli and his family