kembara

***** KEMBARA SEMALAYSIA***** DALAM MIMPI DAN REALITI BERKEMBARA DI TEMPAT YG MENARIKDIIPOH, KAMPAR, TELUK INTAN, SUNGAI SIPUT, KUALA KANSGAR, TAIPING DAN BATU GAJAH SERTA KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA. UNTUK KETERANGAN LANJUT EMAIL arefendi@yahoo.com

Isnin, 25 April 2011

MSAM 2011 (Minggu saham Amanah Malaysia)


Tahun ini Ipoh telah menjadi tuan rumah bagi Minggu Saham Amanah Malaysia kali ke 12. Tema pada tahun ini ialah 'Pelaburan Untuk 1Malaysia'. Pelbagai acara yang menarik di adakan antaranya kuiz pelabur bijak, e peraduan, dan sebagainya yang menawarkan banyak hadiah yang menarik.
Saya sebagai warga Ipoh tidak ketinggalan untuk menghadiri dan mengambil bahagian dalam Minggu saham ini. Hampir setiap hari aku mengunjungi MSAM yang berlangsung di stadium Indera Mulia Ipoh. Pengunjung yang datang akan diberikan buku pasport. Pengunjung dikehendaki mendapatkan cap dikaunter-kaunter khas diruang pameran PNB dan rakan-rakan MSAM yang mempamerkan poster 'PASPORT MSAM'. Apabila semua cap telah dipenuhi, pengunjung bolehlah menyertai e-peraduan serta dapat cenderahati MSAM berupa beg MSAM 2011 dan cenderamata khas seperti payung. Pengunjung juga akan diberikan satu botol minyak masak 300ml jika mengisi borang survey yang disediakan di kaunter survey.
Bagi saya kaunter yang paling menarik ialah kaunter ASNB dan kuiz pelabur bijak. Dikaunter ASNB, pengunjung yang berurusan dengan ASNB akan diberikan cenderahati khas. Bagi menambah pelaburan mereka dalam jumlah rm500 dalam akaun amanah saham masing-masing mereka akan diberikan sehelai t shirt tanpa kolar.