kembara

***** KEMBARA SEMALAYSIA***** DALAM MIMPI DAN REALITI BERKEMBARA DI TEMPAT YG MENARIKDIIPOH, KAMPAR, TELUK INTAN, SUNGAI SIPUT, KUALA KANSGAR, TAIPING DAN BATU GAJAH SERTA KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA. UNTUK KETERANGAN LANJUT EMAIL arefendi@yahoo.com

Khamis, 27 Ogos 2009

Barah Raya






Kita baru sahaja seminggu menjalani ibadat puasa sudah ada yang menempah baju baru, perabot baru dan kuih mueh raya. Adakah kita lupa hikmat yang terdapat dalam bulan puasa. Sebenarnya sudah menjadi tabiat masyarakat kita untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Apa orang lain beli, semuanya kita nak beli. Orang tukar jendela baru, kita pun nak tukar jendela baru. Ada sesetengah orang yang meminjam wang kerana hendak berhari raya. Perbuatan meminjam wang ini adalah suatu barah yang akan menyebabkan hati kita tidak tenteram. Berhematlah dalam berbelanja. Gunakanlah apa yang kita mampu sahaja. Janganlah belanja berlebih-lebihan.

Rabu, 26 Ogos 2009

TAWARAN TERHEBAT


NATURE POWER


Isnin, 24 Ogos 2009

INTELEK MANUSIA

Sebenarnya mengikut kajian yang dilakukan intelek manusia boleh dibahagikan kepada 2 iaitu keupayaan intelek dan prestasi intelek. Keupayaan Intelek ialah intelek manusia yang dipengaruhi oleh genetik dan baka yang diwarisi daripada ibubapa manakala prestasi intelek ialah perkembangan intelek manusia yang dipengaruhi faktor persekitaran, rakan-rakan, program motivasi dan sebagainya. Sebab itulah ada sesetengah pelajar yang keluarganya tidak pandai tetapi dengan diberi program motivasi yang sesuai pelajar itu menjadi pandai.

Jumaat, 21 Ogos 2009

RAMADHAN

Esok 22 Ogos 2009 umat Islam akan berpuasa. Puasa tahun ini berlainan sedikit kerana penularan penyakit selesema H1N1. Semalam sahaja berlaku peningkatan yang ketara pesakit selesema H1N1 iaitu seramai 500 orang dalam sehari. Ini amat membimbangkan. Apa-apa pun dalam menjalani ibadat puasa haruslah kita beringat. Masa bersahur nanti perbanyakkanlah minum air. Selamat Berpuasa.

Khamis, 20 Ogos 2009

H1N1

Pada hari ini, penyakit selesema H1N1 telah menular dikalangan rakyat Malaysia. Kadar kematian kian meningkat saban hari. Tetapi kita lihat ramai di antara kita yang tidak memakai topeng penutup muka. Janganlah kalau dah kena penyakit baru nak sedar. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Seperti pepatah India menyatakan 'kalau dah buta baru nak menghargai cahaya matahari'. Marilah kita bersama-sama mengambil langkah pencegahannya. Diramalkan bulan Oktober tahun 2010 baru penyakit ini akan reda. Ada kawan saya menyarankan saya untuk mengelak penyakit ini, kita perlu minum air kelapa dan makan daun selasih. Tak tahu betul atau tidak apa yang dikatakannya. Bersama-samalah kita cuba.

Isnin, 17 Ogos 2009

Sambung Belajar

Pada tahun ini saya telah mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian saya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda secara PJJ. Selama ini saya telah banyak membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Hari Sabtu dan Ahad saya telah dibuang begitu saja. Pada mulanya saya berasa takut untuk menyambung pelajaran kerana hendak membahagikan masa antara belajar dengan kerja. Tapi atas nasihat daripada rakan-rakan barulah saya ingin mencuba.