kembara

***** KEMBARA SEMALAYSIA***** DALAM MIMPI DAN REALITI BERKEMBARA DI TEMPAT YG MENARIKDIIPOH, KAMPAR, TELUK INTAN, SUNGAI SIPUT, KUALA KANSGAR, TAIPING DAN BATU GAJAH SERTA KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA. UNTUK KETERANGAN LANJUT EMAIL arefendi@yahoo.com

Ahad, 8 Mei 2011

KENANGAN SEKOLAH RENDAH



Gambar Kelas 5 mawar tahun 1992

Dulu aku bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Pari. Aku dulu diletakkan dikelas yang tidak seberapa cerdik sehinggalah darjah enam barulah aku diletakkan di kelas yang pandai.

Kalau diingatkan masa sekolah rendah dulu, aku merupakan seorang yang periang dan suka bermain. Pelajaran aku tidak endahkan. Aku tahu menyakat kawan2ku sahaja. Pergi sekolah main, balik sekolah pun main. Sehinggalah aku berjumpa dengan N barulah aku kenal apa itu erti cinta. N merupakan rakan sedarjahku malah jiranku juga. Aku sangat juga mengusik dia. Pernah satu ketika aku ternampak N mengisap botol susu adiknya. Aku hebohkan perkara tersebut pada kawanku sehingga ia jadi isu hangat pada masa itu di sekolahku. N marahkanaku sehingga dia tidak mahu bercakap denganku. Aku berasa serba salah lalu meminta maaf kepadanya. Sejak dari itu, aku dengan N menjadi kawan baik sehingga pergi dan balik sekolah pun bersama-sama. Aku berasa seronok sekali ketika bersama-sama dengan N. Jika tidak bercakap dengannya sehari semacam tidak sempurna pada hari itu.

Sehinggalah aku dapat tawaran masuk ke sekolah asrama. Pada mulanya aku tidak mahu tetapi setelah puas ibubapaku memujukku barulah aku pergi. Dari situlah bermulanya titik perpisahan dengan N. Sehinggalah tahun lepas dia menjemputku ke Majlis perkahwinannya. Apa boleh buat, jodoh tiada. Aku lambat sangat.

Kadangkala aku berfikir juga macam mana seseorang itu mendirikan rumahtangga tanpa membuat persiapan dan berfikir panjang terlebih dahulu. Sebab pada pandanganku, kalau hendak berumah tangga, seseorang itu haruslah bersedia dari segi fizikal dan mental. Seorang itu mestilah mempunyai rumah, sebuah kereta dan yang paling penting mesti sedia memberi komitmen dalam rumahtangga. Sebab itulah aku tidak mahu berkahwin lagi kerana aku masih belum bersedia lagi.


Gambar semasa majlis berkhatan. Masa itu umur aku baru 8 tahun


Tiada ulasan:

Catat Ulasan