kembara

***** KEMBARA SEMALAYSIA***** DALAM MIMPI DAN REALITI BERKEMBARA DI TEMPAT YG MENARIKDIIPOH, KAMPAR, TELUK INTAN, SUNGAI SIPUT, KUALA KANSGAR, TAIPING DAN BATU GAJAH SERTA KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA. UNTUK KETERANGAN LANJUT EMAIL arefendi@yahoo.com

Selasa, 3 Mei 2011

MSAM 2011 TERBAIK!!!!

Pada 20 April 2011 telah berlangsungnya Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM 2011) bertempat di Stadium indera Mulia Ipoh Perak. Tepat jam 1 tengahari Aku dan kawan sekerjaku (Choi) telah pergi ke sana.

Setibanya disana, kami telah diberi buku pasport MSAM 2011 dan kertas soalan e peraduan. Di sana, aku telah bertembung adikku bersama jiranku (Noris). Mereka tidak tahu jawab e peraduan, lalu aku pun berikan jawapan aku kepada mereka.

Keesokkan harinya, Noris telah ditelefon oleh pihak MSAM mengatakan dia telah memenangi hadiah berupa sebuah handycam sony. Aku terkejut!!! macam mana dia boleh dapat sedangkan dia tiru jawapan aku. Sepatutnya akulah dapat hadiah. Habis sahaja keje aku terus pergi ke sana untuk mencuba nasib sekali lagi, tetapi tidak berjaya.

Hari Jumaat,aku pergi lagi dan masuk e peraduan. Balik sahaja rumah, adikku minta jawapan e peraduan dariku lalu aku berikan. Adikku pergi bersama dengan abang kepada Noris. Keesokkan harinya, sekali lagi aku terkejut....manakan tidak, abang Noris menang sebuah TV 32 inchi. Dahlah jawapan pun tiru aku. Boleh menang pulak tu. Mungkin belum sampai rezekiku lagi.
Tanpa berputus asa, Aku cuba juga pada hari Sabtu dan Ahad. Sehinggalah pada hari Isnin, aku terima satu panggilan telefon tapi aku tidak mengangkatnya kerana pada masa itu aku menghadiri bengkel ISO 9001

Habis sahaja bengkel, aku pulang ke rumah dan telefon kembali nombor miss call dan tidak di sangka2 ia adalah panggilan dari MSAM lalu menyuruh aku segera ke Stadium Indera mulia untuk mengambil hadiah. Aku tertanya-tanya apakah hadiah yang aku dapat kerana mereka cakap ia adalah hadiah misteri.

Tidak di sangka-sangka rupa-rupanya aku memenangi sebuah laptop Sony. Usaha aku rupa-rupanya tidaklah sia-sia.


Hadiah e peraduan harian - Laptop jenama Sony bersama beg galas

Soalan e peraduan MSAM 2011


Bagi aku, MSAM 2011 merupakan program yang terbaik yang pernah aku hadiri berbanding dengan Jom Heboh. Bermacam-macam hadiah yang boleh kita dapat jika kita datang ke MSAM. Ia merupakan satu pengalaman yang manis bagiku. Yang penting kita masuk aktiviti yang dianjurkan oleh penganjur. Antara aktiviti yang aku sertai ialah Jejak Pelabur Bijak. Peserta akan diberikan satu SkorKad dan perlu melepasi cabaran disetiap segmen lalu diberikan markah. Antara segmen yang perlu ditempuhi ialah memancing bola, bermain gof dan bermain baling bola ke papan dart.
Markah Skorkad yang aku dapat ketika menyertai Jejak Pelabur Bijak. Aku diletakkan di Tahap Pelabur Matang dengan markah 220

Hadiah yang aku dapat semasa menyertai aktiviti yang dianjurkan MSAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan