kembara

***** KEMBARA SEMALAYSIA***** DALAM MIMPI DAN REALITI BERKEMBARA DI TEMPAT YG MENARIKDIIPOH, KAMPAR, TELUK INTAN, SUNGAI SIPUT, KUALA KANSGAR, TAIPING DAN BATU GAJAH SERTA KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA. UNTUK KETERANGAN LANJUT EMAIL arefendi@yahoo.com

Jumaat, 15 Januari 2010

JANJI SEORANG KAWAN


Tiket bas Ipoh Ke KL


Aku dan kawan aku (Z) telah berjanji untuk pergi ke KL bersama-sama untuk menyambut tahun baru di sana. Lagipun aku bercadang untuk membeli kamera dan laptop di sana. Semua persiapan telah dibuat. Aku telah memohon cuti pada hari tersebut.

30/12/09 - Tepat jam 11 malam Z telah menghantar sms, yang dia tidak jadi pegi KL kerana ingin meneman kawannya pergi Damansara selama 2 hari. Apabila aku membaca smsnya itu, aku telah berbelah bahagi samaada hendak pergi ke KL atau tidak lagipun aku telah memohon cuti. Pada malam itu aku tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana asyik memikirkannya.

31/12/09 - Aku bangun pada jam 6 pagi. Dengan perasaan nekad aku mengambil keputusan untuk pergi ke KL seorang diri. Aku naik bas Ipoh- KL jam 8 pagi dan sampai KL jam 11 pagi. Sebaik tiba di Pudu Raya, tanpa membuang masa aku terus berjalan kaki ke Plaza Low Yatt.

12.00tghari - Aku sampai ke Plaza Low Yatt. Disana terdapat pelbagai jenis laptop dan kamera. Aku jadi bingung keseorangan. Aku tak tahu apa jenis yang aku nak beli. Akhirnya aku sampai kesatu kedai. Disitu ada promosi laptop jenama Acer dan Compact. Aku keliru. Tidak tahu untuk membeli laptop yang mana satu. Aku telah menelefon Z, tetapi dia tidak mengangkatnya. Lalu aku hantar sms kepadanya. Selang 1/2 jam barulah Z membalas sms aku menyuruh aku beli Acer. Aku pun beli Acer 4736z pada harga RM1760. Selepas itu aku terus aku terus pergi ke Foto Shangrila untuk membeli kamera. Ada pelbagai jenis kamera tapi aku memilih Nikon D5000 pada harga RM2700.
1.00 tghari - Aku mengambil keputusan untuk balik terus ke rumah. Dari Plaza Low Yatt aku terus berjalan ke Pudu Raya. Aku terus pergi ke kaunter tiket untuk mendapatkan tiket balik. Kalau boleh aku nak tiket pukul 2 petang tetapi yang ada cuma tiket pukul 3.30 petang. Aku merayu kepada penjual tiket supaya beri aku tiket pukul 2, tetapi hampa. Akhirnya penjual tiket memberi idea kepada aku, supaya beli tiket pukul 3.30 petang kemudian pergi ke bas 2 petang dan tanya kepada pemandu bas kalau ada kerusi kosong. Aku pun ikut cadangan penjual tiket. Tanpa merasa malu, aku berdiri dihadapan pintu bas pukul 2 petang. Pemandu bas (Razak) heran sebab penumpang lain naik tetapi aku masih berdiri hadapan pintu bas, lalu dia bertanya kepada aku. Aku pun menceritakan masalah aku kepadanya. Akhirnya dia izinkan aku duduk di tempat pemandu ganti. Hati aku lega. Hanya Tuhan tahu perasaan aku.
5.00petang - Aku sampai rumah. Tanpa membuang masa aku terus pergi ke rumah kawanku J untuk mempelajari penggunaan kamera. Aku pun ceritakan masalah aku kepadanya. Dia terkejut kerana Z ada di rumahnya dan tidak pergi ke mana-mana. Aku rasa diri aku tertipu.

1/1/10 - Pada hari ini aku tekad untuk pergi kerumah Z. Tanpa menelefonnya dulu, aku terus kerumahnya. Sampainya aku dirumahnya, aku terkejut Z rupa-rupanya ada dirumah. Z pun terkejut kerana dia tidak sangka aku datang ke rumahnya. Aku bancuh dia cukup.


Note :- Jangan mudah percaya kepada kawan. Ada kawan cakapnya boleh dipercayai dan ada yang tidak. Ada setengah kawan yang cakapnya setengah sahaja boleh percaya. Bagi kawan yang cakapnya tidak boleh percaya, apa yang kita boleh buat ialah dengar cakapnya dulu tetapi jangan percaya sepatah katanya. Apa-apapun, terimalah kawan kita seadanya................................walaupun dia kaki tipu....anggaplah itu sebagai satu pengalaman hidup.

2 ulasan:

  1. alah bukan sengaja tapi... terpaksa! apapun sorryla.. jangan ambik ati.. sebab aku mmg mcm tu. Bak kate orang puteh 'that's what friends are for'.. betul tak Andy?

    BalasPadam
  2. ENGKAU BUAT AKU TERKAPAI-KAPAI SEORANG DIRI DI KL

    BalasPadam