kembara

***** KEMBARA SEMALAYSIA***** DALAM MIMPI DAN REALITI BERKEMBARA DI TEMPAT YG MENARIKDIIPOH, KAMPAR, TELUK INTAN, SUNGAI SIPUT, KUALA KANSGAR, TAIPING DAN BATU GAJAH SERTA KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA. UNTUK KETERANGAN LANJUT EMAIL arefendi@yahoo.com

Isnin, 25 Januari 2010

BOIKOT FOTOPAGES?

Aku dengan kawan aku telah berdebat mengenai fotopages. Menurut kawan aku fotopages dimiliki oleh orang Yahudi. Ramai kawan aku yang lain telah menutup akaun mereka di dalam fotopages dan bertukar kepada blogspot.
Bagi pendapat aku, walaupun ia dimiliki oleh orang Yahudi tidak salah kita untuk mempelajari ilmu mereka.
Ingatkah kita pada zaman kegemilangan Islam dulu? Pada zaman itu, merupakan zaman kegelapan orang Eropah. Mereka datang kenegara Islam untuk mempelajari teknologi Islam pada masa itu lalu membawa ilmu itu kenegara mereka lalu mempatenkan menjadi milik mereka. Mereka sanggup berjalan beribu batu dari kampung halaman mereka, malah pada masa itu berlakunya perang Salib. Tetapi kerana untuk belajar ilmu mereka buang sikap takut, prejudis dan malu. Akibatnya, mereka menjadi lebih maju dari negara Islam sendiri.
Untuk maju, kita mesti belajar ilmu terkini walaupun ia dimiliki oleh orang bukan Islam. Kita sendiri mestilah membuang sikap malu, tidak yakin, takut dalam diri.

2 ulasan:

  1. Ada 2 jenis pisang. Satu dari negara Yahudi dan dari negara Islam. Yang mana satu menjadi pilihan hati.........

    BalasPadam