kembara

***** KEMBARA SEMALAYSIA***** DALAM MIMPI DAN REALITI BERKEMBARA DI TEMPAT YG MENARIKDIIPOH, KAMPAR, TELUK INTAN, SUNGAI SIPUT, KUALA KANSGAR, TAIPING DAN BATU GAJAH SERTA KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA. UNTUK KETERANGAN LANJUT EMAIL arefendi@yahoo.com

Rabu, 22 September 2010

Keheningan Pagi Syawal

Tahun ini aku menyambut syawal dengan hati yang pedih. Luka lama telah berdarah kembali. Ini adalah kerana rumah aku telah dijadikan tempat berkumpulnya adik-beradik ibuku yang juga merangkap bapa dan emak saudaraku.

Tidakkah ibuku ingat lagi macam mana layanan mereka terhadap keluargaku pada masa dulu?. Bagi aku kisah dulu masih segar di dalam ingatanku.

Dahulu mereka melayan kami seperti pelarian. Maklumlah pada masa itu, keluarga kami miskin. mereka hina kami.

Aku masih ingat 15 tahun dulu, ketika hari raya ku dan ibuku telah pergi berkunjung kerumah adiknya di Kuala Kangsar. Setibanya di sana, kebetulan adiknya keluar dan yg tinggal hanyalah isterinya (merangkap emak saudara) sahaja. Bayangkanlah sudahlah datang dari jauh, hendak hidangkan air pun tidak malah kami tidak di jemput masuk ke dalam rumah. Kami terus pulang tanpa menunggu kepulangan adik ibuku. Mereka juga menuduh ibuku cuba membolot harta pusaka keluarga mereka. Apalah ada sangat pada harta itu sampai sanggup memecahbelahkan tali persaudaraan yang ada. Sebab itulah ibuku merajuk hati tidak mahu lagi kembali ke kampung halamannya. Biarlah kampung di Kuala kangsar hanya menjadi kisah sedih dihati kami. Kami menjadikan Kuala Pari sebagai kampung halaman kami.

Tapi sekarang, mereka datang berkunjung ke rumahku. Tidak tahu malukah mereka terhadap perbuatan mereka terhadap keluarga ku dulu?

Biarpun ibuku telah memaafkan mereka tetapi aku tidak akan memaafkan perbuatan mereka sampai bila-bila pun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan