kembara

***** KEMBARA SEMALAYSIA***** DALAM MIMPI DAN REALITI BERKEMBARA DI TEMPAT YG MENARIKDIIPOH, KAMPAR, TELUK INTAN, SUNGAI SIPUT, KUALA KANSGAR, TAIPING DAN BATU GAJAH SERTA KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA. UNTUK KETERANGAN LANJUT EMAIL arefendi@yahoo.com

Sabtu, 15 Mei 2010

TEKNIK CANTIK GAMBAR




ELEMEN PENTING FOTOGRAFI

Ada di antara kita yg membeli kamera mahal untuk menangkap gambar yang cantik. Ada pula hanya mengunakan kamera yg murah sahaja dapat menangkap gambar yg menarik. Kenape terjadinya begini.....
Sebenarnya ramai di antara kita yg tidak tahu bahawa kamera yg mahal hanyalah membantu untuk menghasilkan gambar yg menarik. Apa yg penting ialah asas fotografi yg perlu kita tahu untuk menghasillkan gambar menarik..
TERDAPAT PELBAGAI ELEMEN UNTUK MENCANTIKKAN GAMBAR. ANTARANYA IALAH:

1. Garisan (Line)
-Garisan adalah benda yg penting untuk mencantikkan gambar yg kita tangkap. Kadangkala kita mengabaikan elemen yg penting ini. Cuba bayangkan jika kita meletakkan objek/ model yg kita nak tangkap gambar di atas garisan di bawah. Cantikkannnn......


Elemen Garisan


2.Elemen Tekstur (texture)
Ia lebih kurang rekabentuk/rupa yg ada pada sesuatu permukaan. Ia kelihatan seperti 3 dimensi jika ia disinari dengan cahaya dari sesuatu sudut. Ia ada permukaan yg cerah dan gelap (pro dan kontra).

3. Corak (pattern)
Biasanya seni yg ada pada latarbelakang.

Seni yg ada pada tingkap rumah menaikkan lagi gambar subjek...



Pemandangan di rumah kutai Gunung lang Ipoh


4.Depth of Field (keluasan kawasan fokus)
Ia bertujuan untuk menaikkan lagi gambar subjek yg kita nak tangkap. Gambar latarbelakang akan menjadi pudar. Tujuannya adalah untuk memfokuskan gambar subjek yg hendak ditangkap. Mengunakan aperture kecil iaitu f 22-32


sinar mata burung unta.....

Pemandangan secara dekat ......


5.Simetri
Keseimbangan yg terdapat pada latarbelakang akan mencantikkan gambar


Lihatlah menara peninjau yg simetri



Koridor yg simetri di Stesyen KTMB Ipoh



6.Framing
Cara kita meletakkan subjek di dalam gambar kita. Semasa kita memfokuskan subjek penting untuk menentukan posisi/ angle yg cantik.

Gabungan di antara elemen line dan framing
7.Cahaya (light)
Cahaya juga memainkan elemen yg penting. Cuba lihat cahaya yg ada pada daun pokok di bawah. ia ada pro dan kontra. Ia ada tone terang dan gelap

Daun pokok yg di sinari cahaya matahari

Nota;- Semua nota di atas adalah dari tunjuk ajar dari Noorizam Sabran di edisi Jom Ipoh bertempat di Gunung Lang. Terima Kasih bro di atas segala ilmu yg engkau curahkan kepada kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan