kembara

***** KEMBARA SEMALAYSIA***** DALAM MIMPI DAN REALITI BERKEMBARA DI TEMPAT YG MENARIKDIIPOH, KAMPAR, TELUK INTAN, SUNGAI SIPUT, KUALA KANSGAR, TAIPING DAN BATU GAJAH SERTA KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA. UNTUK KETERANGAN LANJUT EMAIL arefendi@yahoo.com

Rabu, 20 Januari 2010

SIKAP PEMALU


Siapakah yang membentuk peribadi dan sikap kita ini? Sebenarnya yang membentuk peribadi kita ini ialah diri kita sendiri.
Aku ada kawan yang sikapnya ialah pemalu. Walaupun umurnya telah menjangkau 35tahun tetapi dia masih seorang pemalu. Disini aku ingin berkongsi kisah hidup aku. Dahulunya aku juga seorang pemalu sehinggalah aku menuntut di sekolah menengah. Guru aku masa itu Cikgu Faisal tahu aku ini jenis pemalu, lalu dia berjumpa direct dengan aku. "Kamu seorang lelaki. Jangan menjadi seorang pemalu sangat. Seorang lelaki itu haruslah buang sikap pemalu dalam diri kamu. Seorang lelaki haruslah berani dan yakin kepada diri sendiri."
"Cikgu, macam mana untuk mengikis sikap pemalu dalam diri saya ini",aku pula bertanya. "Sebenarnya bukan susah untuk membuang sikap pemalu. Kamu mesti rajin bergaul dan bercakap dengan rakan-rakan kamu. Kemudian apabila kamu berjumpa seseorang yang tidak kenal cuma bersembang dengannya seperti bertanya nama."
Aku telah mencuba teknik yang diajar oleh guru aku sehinggalah sikap pemalu dalam diri aku berkurangan.
Sebenarnya apabila kita mahu berubah, apa pun boleh kita buat. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan