kembara

***** KEMBARA SEMALAYSIA***** DALAM MIMPI DAN REALITI BERKEMBARA DI TEMPAT YG MENARIKDIIPOH, KAMPAR, TELUK INTAN, SUNGAI SIPUT, KUALA KANSGAR, TAIPING DAN BATU GAJAH SERTA KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA. UNTUK KETERANGAN LANJUT EMAIL arefendi@yahoo.com

Sabtu, 30 Januari 2010

ADAT MASUK RUMAH BARU


FAZRUL MEMASUKI RUMAH BARU BARUNYA


ADAT MELAYU MEMASUKI RUMAH BARU

Pada 30/1/2010, masa selepas Asar, kawan aku Fazrul telah mengadakan majlis doa selamat untuk memasuki rumah baru. Antara hidangan yang disediakan ialah bihun goreng, kuih mueh dan yang paling penting pulut kuning.

Adakah kita tahu tahu tentang adat melayu masuk rumah baru? Ramai di antara kita yang tidak tahu mengenainya. Sebenarnya orang Melayu kaya dengan adat tetapi dengan peredaran zaman membuatkan kita lupa mengenai adat kita sendiri.

Sebenarnya adat Melayu untuk masuk rumah baru terbahagi kepada 2 langkah.

Langkah 1
Sebelum memasuki rumah baru, hendaklah diletakkan sedikit garam,gula,asam keping, beras di ruang tamu rumah selama 3 hari. Tujuannya ialah supaya rumah baru kita murah rezeki. Selepas itu, rumah akan dicuci bersih. Ada yang mencuci dengan menggunakan hampas kelapa kerana dipercayai dapat menghilangkan sisa simen.

Langkah 2
Selepas seminggu mendiami rumah baru, hendaklah di ajak khariah masjid bagi membaca Yassin, Doa Selamat, dan Tahlil supaya rumah kita diberkati dan dapat mengelakkan mala petaka. Perlu disediakan pulut kuning.




Fazrul bersama abangnya Faruk (kiri)



Antara khariah masjid yang hadir bagi membaca doa selamat.




Ape yang ditengok tu pak Imam (ditengah).Sebenarnya, sementara menunggu kehadiran jemaah masjid, pak imam memerhatikan siling rumah. Bacaan Yassin akan dimulakan oleh pak Imam.





Note :- Sebenarnya adat ini baik diikuti. Sebab itu kadangkala kita pergi rumah kawan, ada rumah yang kita rasa selesa dan ada yang tidak. Oleh itu, ajaklah khariyah masjid untuk baca doa selamat agar kita selesa dengan rumah kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan