kembara

***** KEMBARA SEMALAYSIA***** DALAM MIMPI DAN REALITI BERKEMBARA DI TEMPAT YG MENARIKDIIPOH, KAMPAR, TELUK INTAN, SUNGAI SIPUT, KUALA KANSGAR, TAIPING DAN BATU GAJAH SERTA KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA. UNTUK KETERANGAN LANJUT EMAIL arefendi@yahoo.com

Sabtu, 30 Januari 2010

ADAT MASUK RUMAH BARU


FAZRUL MEMASUKI RUMAH BARU BARUNYA


ADAT MELAYU MEMASUKI RUMAH BARU

Pada 30/1/2010, masa selepas Asar, kawan aku Fazrul telah mengadakan majlis doa selamat untuk memasuki rumah baru. Antara hidangan yang disediakan ialah bihun goreng, kuih mueh dan yang paling penting pulut kuning.

Adakah kita tahu tahu tentang adat melayu masuk rumah baru? Ramai di antara kita yang tidak tahu mengenainya. Sebenarnya orang Melayu kaya dengan adat tetapi dengan peredaran zaman membuatkan kita lupa mengenai adat kita sendiri.

Sebenarnya adat Melayu untuk masuk rumah baru terbahagi kepada 2 langkah.

Langkah 1
Sebelum memasuki rumah baru, hendaklah diletakkan sedikit garam,gula,asam keping, beras di ruang tamu rumah selama 3 hari. Tujuannya ialah supaya rumah baru kita murah rezeki. Selepas itu, rumah akan dicuci bersih. Ada yang mencuci dengan menggunakan hampas kelapa kerana dipercayai dapat menghilangkan sisa simen.

Langkah 2
Selepas seminggu mendiami rumah baru, hendaklah di ajak khariah masjid bagi membaca Yassin, Doa Selamat, dan Tahlil supaya rumah kita diberkati dan dapat mengelakkan mala petaka. Perlu disediakan pulut kuning.




Fazrul bersama abangnya Faruk (kiri)



Antara khariah masjid yang hadir bagi membaca doa selamat.




Ape yang ditengok tu pak Imam (ditengah).Sebenarnya, sementara menunggu kehadiran jemaah masjid, pak imam memerhatikan siling rumah. Bacaan Yassin akan dimulakan oleh pak Imam.





Note :- Sebenarnya adat ini baik diikuti. Sebab itu kadangkala kita pergi rumah kawan, ada rumah yang kita rasa selesa dan ada yang tidak. Oleh itu, ajaklah khariyah masjid untuk baca doa selamat agar kita selesa dengan rumah kita.

Khamis, 28 Januari 2010

JOURNEY TO GUA TEMPURUNG



24/1/2010

AKU DAN RAKAN AKU ZAM TELAH MERANCANG UNTUK PERGI KE TAMAN HERBA PERAK. SAMPAINYA KAMI DISANA, KAMI TERKEJUT KERANA TAMAN HERBA TELAH DITUTUP. LALU ZAM TELAH MENGAJAK AKU UNTUK PERGI KE GUA TEMPURUNG. LAGIPUN ZAM BELUM PERGI KE SANA.

GUA TEMPURUNG TERLETAK DI GOPENG PERAK. JARAKNYA HANYA 28KM DARI PEKAN IPOH. RAMAI ORANG KITA YANG BELUM PERNAH PERGI KE SANA. MEREKA SUKA MELAWAT KE LUAR NEGARA BERBANDING DALAM NEGARA. SEBENARNYA BANYAK TEMPAT YANG MENARIK YANG BOLEH DILAWATI CONTOHNYA GUA TEMPURUNG. RAMAI PELANCONG DARI LUAR NEGARA YANG DATANG MELAWAT GUA INI. PADA HARI CUTI UMUM DI ANGGARKAN LEBIH 1500 ORANG YANG MELAWAT GUA INI.

GUA INI DINAMAKAN GUA TEMPURUNG KERANA BENTUKNYA YANG MERUPAI TEMPURUNG. DI SINI TERDAPAT PELBAGAI JENIS SALAKTIK DAN STALIMIT YANG TELAH TERBENTUK JUTAAN TAHUN.

DI DALAM GUA INI JUGA TERDAPAT KOLAM AIR LAUT YANG BERTAKUNG RIBUAN TAHUN DULU.

GUA INI PERNAH MENJADI TEMPAT PERSEMBUNYIAN ORANG KAMPUNG BERHAMPIRAN SEMASA PERANG JEPUN. GUA INI JUGA PERNAH MENJADI TEMPAT PERSEMBUNYIAN RASHID MAIDIN (KOMUNIS MALAYA).

UNTUK PENGETAHUAN, GUA TEMPURUNG JUGA DIJADIKAN TEMPAT BERLAKON. ANTARANYA FILEM DUYUNG(TEMPAT PERSEMBUNYIAN HARTA KARUN), CICAK MAN 2(SAIFUL APEK TENGAH BERLAWAN DI ATAS TANGGA), DAN YANG TERBARU FILEM RATU.

GUA INI MEMPUNYAI KETINGGIAN 400 KAKI. DISINI TEDAPAT 3 JENIS TOUR IAITU STAGE 1, STAGE 2, DAN STAGE 3.


nOTE: -BAGI YANG GAYAT DAN LEMAH SEMANGAT, DINASIHATKAN JANGAN MASUK GUA INI.





Antara renjer yang bertugas di gua ini


"Fuh leganya"ujar Zam. Tahniah diucapkan kepada Zam kerana telah berjaya mengatasi perasan gayatnya selama ini. Sebenarnya gayat ini merupakan perasan kita sahaja. Jangan di layan perasaan itu. Cuba atasi perasaan itu. Jangan marah.........


Gegeduk-gedeguk Zam minum air. Selepas penat mengembara di dalam gua, jangan lupa minum air.

"Eh.. Takutnyeeee..Gayatnyeeee.....Allah tolongle aku...."ucap Zam. "Sabar Zam. Semuanya mainan fikiran ko je. Tengok bebudak tu. Tak Takut pun"aku memujuk Zam.


Menuruni tangga untuk ke dasar gua


Jika hari hujan lebat air akan mengalir seperti air terjun


Menturuti anak tangga untuk ke stage 2


Zam mendengar dengan teliti penerangan dari ranjer mengenai sejarah gua tempurung


Tangga yang berliku-liku


Suasana dalam gua


Inilah stalakmit yang telah matang terbentuk jutaan tahun


Renjer menjadi penunjuk arah kepada kami


"Panjat tangga baik-baik kerana tangga licin"arahan renjer


Inilah dia batu kapur yang terbentuk


Tempat persembunyian komunis


Lumut yang hidup di dalam gua


Pemandangan dari tingkap gua nombor 2


"Tinggi tak gua ini"


"Biar renjer jalan dulu" ujar zam

RAMA-RAMA YANG TERDAPAT DI GUA TEMPURUNG







Note :- Cantik tak gambar rama-rama ini. Kalau ada masa aku nak tangkap lebih banyak lagi gambar rama-rama.

Rabu, 27 Januari 2010

KAUNTER BERGERAK MBI 2010

16/1/2010
8.30AM - 1.00PM :- PASAR BESAR IPOH

17/1/2010
8.30AM-10.30AM :- DEWAN ORANG RAMAI JELAPANG
11.00AM-1.00PM :- DEWAN ORANG RAMAI TAMAN MERU

23/1/2010
8.30AM-10.30AM :- TESCO IPOH
11.00AM-1.00PM :-JUSCO

24/1/2010
8.30AM-10.30AM :- TESCO STATION 18
11.00AM-1.00AM :- PASAR BINA

30/1/2010
8.30AM-10.30AM :- PASAR PASIR PINJI
11.00AM-1.00PM :- PASAR PASIR PUTIH

31/1/2010
8.30AM-1.00PM :- PASAR MENGLEMBU

6/2/2010
8.30AM-10.30AM :-RUMAH PANGSA KINTA HEIGH
11.00AM-1.00PM :-RUMAH PANGSA WALLERCOURT

7/2/2010
8.30AM-10.30AM :- RUMAH PANGSA TAMAN HARMONI
11.00AM-1.00PM :- RUMAH PANGSA SUNGAI PARI

13/2/2010
8.30AM-10.30AM :- TAMAN REKREASI SULTAN ABDUL AZIZ
11.00AM-1.00PM :- TAMAN CEMPAKA

14/2/2010
8.30AM-10.30AM :- PASAR TANI SILIBIN
11.00AM-1.00PM :- BILLION SILIBIN

20/2/2010
8.30AM-1.00PM :-PASAR TANI STADIUM

21/2/2010
8.30AM-10.30AM :- THE STORE JALAN KAMPAR
11.00AM-1.00PM :- GREENTOWNMALL

27/2/2010
8.30AM-1.00PM :- DEWAN JKKK KHANTAN

28/2/2010
8.30AM-10.30AM :-PUSAT PENJAJA TAMAN PERPADUAN
11.00AM-1.00AM :- GIANT TAMBUN



NOTE:- DATANGLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK MEMBAYAR BIL-BIL MBI SAHAJA. JANGAN TUNGGU SAMPAI LAST MINUTE BARU NAK BAYAR. KALAU DAH KENA DENDA MULA MELENTING, PADAHAL SEMUANYA SALAH SENDIRI............

Isnin, 25 Januari 2010

BOIKOT FOTOPAGES?

Aku dengan kawan aku telah berdebat mengenai fotopages. Menurut kawan aku fotopages dimiliki oleh orang Yahudi. Ramai kawan aku yang lain telah menutup akaun mereka di dalam fotopages dan bertukar kepada blogspot.
Bagi pendapat aku, walaupun ia dimiliki oleh orang Yahudi tidak salah kita untuk mempelajari ilmu mereka.
Ingatkah kita pada zaman kegemilangan Islam dulu? Pada zaman itu, merupakan zaman kegelapan orang Eropah. Mereka datang kenegara Islam untuk mempelajari teknologi Islam pada masa itu lalu membawa ilmu itu kenegara mereka lalu mempatenkan menjadi milik mereka. Mereka sanggup berjalan beribu batu dari kampung halaman mereka, malah pada masa itu berlakunya perang Salib. Tetapi kerana untuk belajar ilmu mereka buang sikap takut, prejudis dan malu. Akibatnya, mereka menjadi lebih maju dari negara Islam sendiri.
Untuk maju, kita mesti belajar ilmu terkini walaupun ia dimiliki oleh orang bukan Islam. Kita sendiri mestilah membuang sikap malu, tidak yakin, takut dalam diri.

Sabtu, 23 Januari 2010

DUIT 1/2 SEN


ADAKAH ANDA PERNAH LIHAT DUIT 1/2 SEN?
DUIT INI MERUPAKAN ANTARA KOLEKSI DUIT LAMA YANG ADA DALAM SIMPANAN SAYA. DUIT INI DIGUNAKAN PADA TAHUN 1940 SEMASA ERA SEBELUM MERDEKA.

PONDOK TELEFON BERSEJARAH




ADAKAH ANDA PERNAH TERLIHAT PONDOK TELEFON ZAMAN KOMUNIS?

PONDOK TELEFON INI TERDAPAT DI KAMPUNG PASIR PUTIH IPOH. SETAHUNYA AKU, INI SATU-SATUNYA PONDOK TELEFON YANG MASIH WUJUD DI PERAK MALAH DI MALAYSIA.

PONDOK TELEFON INI DIBINA PADA TAHUN 1960. AKIBAT DARIPADA PEREDARAN ZAMAN, PONDOK TELEFON JENIS INI TELAH BANYAK DIGANTIKAN DENGAN JENIS BARU


Rabu, 20 Januari 2010

SIKAP PEMALU


Siapakah yang membentuk peribadi dan sikap kita ini? Sebenarnya yang membentuk peribadi kita ini ialah diri kita sendiri.
Aku ada kawan yang sikapnya ialah pemalu. Walaupun umurnya telah menjangkau 35tahun tetapi dia masih seorang pemalu. Disini aku ingin berkongsi kisah hidup aku. Dahulunya aku juga seorang pemalu sehinggalah aku menuntut di sekolah menengah. Guru aku masa itu Cikgu Faisal tahu aku ini jenis pemalu, lalu dia berjumpa direct dengan aku. "Kamu seorang lelaki. Jangan menjadi seorang pemalu sangat. Seorang lelaki itu haruslah buang sikap pemalu dalam diri kamu. Seorang lelaki haruslah berani dan yakin kepada diri sendiri."
"Cikgu, macam mana untuk mengikis sikap pemalu dalam diri saya ini",aku pula bertanya. "Sebenarnya bukan susah untuk membuang sikap pemalu. Kamu mesti rajin bergaul dan bercakap dengan rakan-rakan kamu. Kemudian apabila kamu berjumpa seseorang yang tidak kenal cuma bersembang dengannya seperti bertanya nama."
Aku telah mencuba teknik yang diajar oleh guru aku sehinggalah sikap pemalu dalam diri aku berkurangan.
Sebenarnya apabila kita mahu berubah, apa pun boleh kita buat. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri

Sabtu, 16 Januari 2010

KELLIE'S CASTLE


KELLIE'S CASTLE

William Kellie Smith dilahirkan di Dallas, Scotland pada Mac 1870 dan datang ke Malaya ketika umurnya 20 tahun. Dia mengupah 70 orang pekerja untuk membina istananya. Kebanyakkan bahan binaan di import dari Italy. Istana ini mempunyai 6 tingkat. Dindingnya menggunakan seni ukir Greco Roman. Kerja pembinaan istana ini terhenti akibat daripada perang dunia pertama dan akibat daripada kematian Smith. Isterinya telah menjual hartanya di Malaya.


Gambar dari sudut tepi


Gambar di atas Kellie's Castle



Kal sedang berposing



Bangunan yang tidak sempat disiapkan




Seni hiasan dalaman




Koridor Kellie's Castle




Gambar ditangkap dari bawah



Gambar dari tepi


Note :- Bayaran masuk RM 4 seorang akan dikenakan untuk sesiapa yang datang melancong ke Kellie's Castle. Bagi saya Kellie Castle tidak cantik. Cantik lagi Bangunan Stesen Keretapi Ipoh. Kalau ada peluang pergilah ke sana.


Jumaat, 15 Januari 2010

JANJI SEORANG KAWAN


Tiket bas Ipoh Ke KL


Aku dan kawan aku (Z) telah berjanji untuk pergi ke KL bersama-sama untuk menyambut tahun baru di sana. Lagipun aku bercadang untuk membeli kamera dan laptop di sana. Semua persiapan telah dibuat. Aku telah memohon cuti pada hari tersebut.

30/12/09 - Tepat jam 11 malam Z telah menghantar sms, yang dia tidak jadi pegi KL kerana ingin meneman kawannya pergi Damansara selama 2 hari. Apabila aku membaca smsnya itu, aku telah berbelah bahagi samaada hendak pergi ke KL atau tidak lagipun aku telah memohon cuti. Pada malam itu aku tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana asyik memikirkannya.

31/12/09 - Aku bangun pada jam 6 pagi. Dengan perasaan nekad aku mengambil keputusan untuk pergi ke KL seorang diri. Aku naik bas Ipoh- KL jam 8 pagi dan sampai KL jam 11 pagi. Sebaik tiba di Pudu Raya, tanpa membuang masa aku terus berjalan kaki ke Plaza Low Yatt.

12.00tghari - Aku sampai ke Plaza Low Yatt. Disana terdapat pelbagai jenis laptop dan kamera. Aku jadi bingung keseorangan. Aku tak tahu apa jenis yang aku nak beli. Akhirnya aku sampai kesatu kedai. Disitu ada promosi laptop jenama Acer dan Compact. Aku keliru. Tidak tahu untuk membeli laptop yang mana satu. Aku telah menelefon Z, tetapi dia tidak mengangkatnya. Lalu aku hantar sms kepadanya. Selang 1/2 jam barulah Z membalas sms aku menyuruh aku beli Acer. Aku pun beli Acer 4736z pada harga RM1760. Selepas itu aku terus aku terus pergi ke Foto Shangrila untuk membeli kamera. Ada pelbagai jenis kamera tapi aku memilih Nikon D5000 pada harga RM2700.
1.00 tghari - Aku mengambil keputusan untuk balik terus ke rumah. Dari Plaza Low Yatt aku terus berjalan ke Pudu Raya. Aku terus pergi ke kaunter tiket untuk mendapatkan tiket balik. Kalau boleh aku nak tiket pukul 2 petang tetapi yang ada cuma tiket pukul 3.30 petang. Aku merayu kepada penjual tiket supaya beri aku tiket pukul 2, tetapi hampa. Akhirnya penjual tiket memberi idea kepada aku, supaya beli tiket pukul 3.30 petang kemudian pergi ke bas 2 petang dan tanya kepada pemandu bas kalau ada kerusi kosong. Aku pun ikut cadangan penjual tiket. Tanpa merasa malu, aku berdiri dihadapan pintu bas pukul 2 petang. Pemandu bas (Razak) heran sebab penumpang lain naik tetapi aku masih berdiri hadapan pintu bas, lalu dia bertanya kepada aku. Aku pun menceritakan masalah aku kepadanya. Akhirnya dia izinkan aku duduk di tempat pemandu ganti. Hati aku lega. Hanya Tuhan tahu perasaan aku.
5.00petang - Aku sampai rumah. Tanpa membuang masa aku terus pergi ke rumah kawanku J untuk mempelajari penggunaan kamera. Aku pun ceritakan masalah aku kepadanya. Dia terkejut kerana Z ada di rumahnya dan tidak pergi ke mana-mana. Aku rasa diri aku tertipu.

1/1/10 - Pada hari ini aku tekad untuk pergi kerumah Z. Tanpa menelefonnya dulu, aku terus kerumahnya. Sampainya aku dirumahnya, aku terkejut Z rupa-rupanya ada dirumah. Z pun terkejut kerana dia tidak sangka aku datang ke rumahnya. Aku bancuh dia cukup.


Note :- Jangan mudah percaya kepada kawan. Ada kawan cakapnya boleh dipercayai dan ada yang tidak. Ada setengah kawan yang cakapnya setengah sahaja boleh percaya. Bagi kawan yang cakapnya tidak boleh percaya, apa yang kita boleh buat ialah dengar cakapnya dulu tetapi jangan percaya sepatah katanya. Apa-apapun, terimalah kawan kita seadanya................................walaupun dia kaki tipu....anggaplah itu sebagai satu pengalaman hidup.

Khamis, 14 Januari 2010

SEORANG JURUKAMERA


Mengambil gambar Sudut bangunan

Menjadi seorang jurukamera bukanlah senang. ia memerlukan komitmen yang tinggi dan pandai mencari peluang malah peka kepada keadaan sekeliling. Untuk menghasilkan gambar yang cantik, kita perlu mencari sudut yang sesuai.


Perlu baring untuk mengambil gambar malah terpaksa menahan gigitan semut api.


Nota :- Untuk menjadi seorang jurukamera, perlu ada totur yang mengajar selok belok fotografi. Saya nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi mengajar saya espesially Jam dan Abg Jat

KAUNTER BAYARAN MBI 2010


Kaunter bayaran lengang pada hari Sabtu dan Ahad - datanglah pada hari tersebut untuk elak kesesakan.


Kak Miah bersama anak-anaknya.



En.Raja sedang menjalankan keje dengan penuh dedikasi (senyumle sikit yop)

KAUNTER BAYARAN MBI AKAN DIBUKA PADA SETIAP HARI SABTU DAN AHAD SEPANJANG BULAN JANUARI DAN FEBUARI MULAI JAM 9.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG BAGI KEMUDAHAN PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN MBI 2010