kembara

***** KEMBARA SEMALAYSIA***** DALAM MIMPI DAN REALITI BERKEMBARA DI TEMPAT YG MENARIKDIIPOH, KAMPAR, TELUK INTAN, SUNGAI SIPUT, KUALA KANSGAR, TAIPING DAN BATU GAJAH SERTA KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA. UNTUK KETERANGAN LANJUT EMAIL arefendi@yahoo.com

Isnin, 16 Mei 2011

SEPAGI DI DUSUN BERUAS

Pada pagi Ahad 15 Mei 2011, aku dengan kak Miah and family iaitu suaminya abg Moktar bersama dua orang anak kecil telah pergi berkelah di air terjun Ulu Licin Beruas.


Kami bertolak pada pukul 9.00 pagi dan sampai di sana pukul 10.00 pagi.
Pada mulanya, kami singgah di dusun ku yang terletak di Kampung Ulu licin berdekatan dengan lata. Setibanya di sana, tanpa membuang masa abg Moktar serta anaknya turun ke sungai untuk menangkap udang. Banyak juga udang yang di tangkap oleh mereka. Manakala kak Miah pula, pergi mengutip pucuk asam gelugur, pucuk salang, buah asam gelugur dan pisang.

Aku pulak mengambil gambar pemandangan yang terdapat disana. Setelah hampir 2 jam kami di dusun, kami mengambil keputusan untuk pergi ke Air terjun. Setibanya di sana, kami terus membentangkan tikar dan menyediakan masakan untuk makan tengahari. Kak Miah masak gulai lemak pucuk salang manakala aku memanggang ikan teruboi dan ayam.

Setelah puas bermandi manda di sana, kami pun balik.

Ahad, 15 Mei 2011

HIMPUNAN SEJUTA BELIA


Pada 27 mei 2011 ini kalau tidak ada apa aral, aku dan rakanku akan pergi ke program Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya. Kami berpakat untuk memakai baju yang sama.

Khamis, 12 Mei 2011

Love & Marriage - Difference in Love & Marriage


A student asks a teacher, "What is love?"

The teacher said, "in order to answer your question, go to the wheat field and choose the biggest wheat and come back.

But the rule is: you can go through them only once and cannot turn back to pick."
The student went to the field, go thru first row, he saw one big wheat, but he wonders... may be there is a bigger one later.
Then he saw another bigger one... But may be there is an even bigger one waiting for him.
Later, when he finished more than half of the wheat field, he start to realize that the wheat is not as big as the previous one he saw, he know he has missed the biggest one, and he regretted.
So, he ended up went back to the teacher with empty hand.

The teacher told him, "this is love... You keep looking for a better one, but when later you realise, you have already miss the person..."

"What is marriage then?" the student asked.
The teacher said, "in order to answer your question, go to the corn field and choose the biggest corn and come back. But the rule is: you can go through them only once and cannot turn back to pick."
The student went to the corn field, this time he is careful not to repeat the previous mistake, when he reach the middle of the field, he has picked one medium corn that he feel satisfy, and come back to the teacher.

The teacher told him,"This time you bring back a corn. You look for one that is just nice, and you have faith and believe this is the best one you get.....That is marriage."

Ahad, 8 Mei 2011

KENANGAN ITM

SEKOLAH MENENGAH


KENANGAN SEKOLAH RENDAH



Gambar Kelas 5 mawar tahun 1992

Dulu aku bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Pari. Aku dulu diletakkan dikelas yang tidak seberapa cerdik sehinggalah darjah enam barulah aku diletakkan di kelas yang pandai.

Kalau diingatkan masa sekolah rendah dulu, aku merupakan seorang yang periang dan suka bermain. Pelajaran aku tidak endahkan. Aku tahu menyakat kawan2ku sahaja. Pergi sekolah main, balik sekolah pun main. Sehinggalah aku berjumpa dengan N barulah aku kenal apa itu erti cinta. N merupakan rakan sedarjahku malah jiranku juga. Aku sangat juga mengusik dia. Pernah satu ketika aku ternampak N mengisap botol susu adiknya. Aku hebohkan perkara tersebut pada kawanku sehingga ia jadi isu hangat pada masa itu di sekolahku. N marahkanaku sehingga dia tidak mahu bercakap denganku. Aku berasa serba salah lalu meminta maaf kepadanya. Sejak dari itu, aku dengan N menjadi kawan baik sehingga pergi dan balik sekolah pun bersama-sama. Aku berasa seronok sekali ketika bersama-sama dengan N. Jika tidak bercakap dengannya sehari semacam tidak sempurna pada hari itu.

Sehinggalah aku dapat tawaran masuk ke sekolah asrama. Pada mulanya aku tidak mahu tetapi setelah puas ibubapaku memujukku barulah aku pergi. Dari situlah bermulanya titik perpisahan dengan N. Sehinggalah tahun lepas dia menjemputku ke Majlis perkahwinannya. Apa boleh buat, jodoh tiada. Aku lambat sangat.

Kadangkala aku berfikir juga macam mana seseorang itu mendirikan rumahtangga tanpa membuat persiapan dan berfikir panjang terlebih dahulu. Sebab pada pandanganku, kalau hendak berumah tangga, seseorang itu haruslah bersedia dari segi fizikal dan mental. Seorang itu mestilah mempunyai rumah, sebuah kereta dan yang paling penting mesti sedia memberi komitmen dalam rumahtangga. Sebab itulah aku tidak mahu berkahwin lagi kerana aku masih belum bersedia lagi.


Gambar semasa majlis berkhatan. Masa itu umur aku baru 8 tahun


Khamis, 5 Mei 2011

POS INSURANS 1 MALAYSIA

  • Pos Insurans 1Malaysia ialah satu Pelan Insurans Kemalangan Peribadi yang menyediakan perlindungan apabila berlaku kematian, ketidakupayaan kekal, dimasukkan ke hospital atau kehilangan dokumen penting akibat kemalangan / kejadian ragut.
  • Pos Insurans 1 Malaysia boleh didapati di semua cawangan Pos Malaysia di seluruh negara. Dengan premium serendah RM11 setahun, anda dapat menikmati pelbagai manfaat seperti berikut:-
  • Jadual Manfaat:
    Tidak. Manfaat-Manfaat Had Tuntutan
    1 Kematian Akibat Kemalangan RM5,000
    2 Ketidakupayaan Kekal Akibat Kemalangan RM5,000
    3 Pendapatan Tunai Harian Hospital (Akibat Kemalangan) RM15 sehari hingga 30 hari
    4 Kehilangan Dokumen Akibat Ragut (MyKad dan / atau Lesen Memandu sahaja) Sehingga RM200 bagi satu kejadian
    5 Yuran Ambulans (Akibat Kemalangan) Sehingga RM300 bagi satu kejadian