kembara

***** KEMBARA SEMALAYSIA***** DALAM MIMPI DAN REALITI BERKEMBARA DI TEMPAT YG MENARIKDIIPOH, KAMPAR, TELUK INTAN, SUNGAI SIPUT, KUALA KANSGAR, TAIPING DAN BATU GAJAH SERTA KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA. UNTUK KETERANGAN LANJUT EMAIL arefendi@yahoo.com

Isnin, 16 Mei 2011

SEPAGI DI DUSUN BERUAS

Pada pagi Ahad 15 Mei 2011, aku dengan kak Miah and family iaitu suaminya abg Moktar bersama dua orang anak kecil telah pergi berkelah di air terjun Ulu Licin Beruas.


Kami bertolak pada pukul 9.00 pagi dan sampai di sana pukul 10.00 pagi.
Pada mulanya, kami singgah di dusun ku yang terletak di Kampung Ulu licin berdekatan dengan lata. Setibanya di sana, tanpa membuang masa abg Moktar serta anaknya turun ke sungai untuk menangkap udang. Banyak juga udang yang di tangkap oleh mereka. Manakala kak Miah pula, pergi mengutip pucuk asam gelugur, pucuk salang, buah asam gelugur dan pisang.

Aku pulak mengambil gambar pemandangan yang terdapat disana. Setelah hampir 2 jam kami di dusun, kami mengambil keputusan untuk pergi ke Air terjun. Setibanya di sana, kami terus membentangkan tikar dan menyediakan masakan untuk makan tengahari. Kak Miah masak gulai lemak pucuk salang manakala aku memanggang ikan teruboi dan ayam.

Setelah puas bermandi manda di sana, kami pun balik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan