Semalam Dato' Najib telah melancarkan Amanah hartanah Bumiputra. Tujuan penerbitan AHB ini adalah untuk meningkatkan lagi tahap pendapatan bumiputra yg masih jauh ketinggalan berbanding kaum lain di M'sia.
Untuk membuka akaun, bayaran minima RM500 dan penambahan unit RM100 dengan harga seunit RM1. Dijangka AHB akan menjana pendapatan sebanyak 6% setahun.
Apapun, saya nasihatkan supaya penuhkan dahulu akaun Amanah Saham Bumiputra anda barulah melabur dalam AHB.
betul tu.....segala yg kita buat semua adalah bergantung kepada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya selera.
BalasPadam