Pada hari Selasa yg lalu, kami sekeluarga telah dijemput ke majlis pecah tanah Felcra di Seberang Perak yg dirasmikan oleh TPM. Diatas sebab2 kerja, hanya emak aku sahaja yang pergi menaiki bas yg disediakan oleh pihak Felcra.
Emak aku bertolak dari rumah pada pukul 10 pagi. Turut mengiringinya ialah jiran iaitu Kak Yam, wakil Umno Lahat dan Umno pusing.
Setibanya disana mereka telah disuruh apabila majlis selesai untuk berkumpul di satu tempat untuk sama2 naik bas balik. Majlis pecah tanah selesai pada jam 5.00 petang. Mak aku pun terus pergi ke tempat berkumpul bersama dengan kak yam. Tunggu punya tunggu bas tak sampai2 lagi. Kak yam sudah hilang sabar lantas disuruh anaknya datang ambil. Kak Yam ajak mak aku balik bersamanya, tapi ditolak di atas alasan tidak mahu mereka yg naik bas sekali tercari2 mereka.
kak yam pun balik. Mak aku tunggu sehingga jam 8 malam sampailah semua bas yang ada telah pergi. Mak aku pun bertanya kepada pegawai rela di mana dia bas yg dia naik tadi. Rupa2nya bas tadi telah telah meninggalkan mak aku. Bas itu tidak menunggu ditempat yg telah dijanjikan tetapi telah tunggu di tempat lain di atas permintaan ketua rombongan tanpa di maklumkan kepada mak aku.
Mak aku tidak panik macam sesetengah orang. Mak aku balik dengan di hantar oleh Pegawai Felcra sendiri.
Sebenarnya baru aku sedar, aku mewarisi sikap mak aku yg tidak panik dan mudah bergaul malah senang mendapat kawan baru dan tidak malu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan