Bulan Ramadhan kita tinggalkan, Bulan Syawal kita raikan....Selamat hari Raya diucapkan kepada semua kawan-kawan tidak kiralah dimana sahaja anda berada. Bersamalah meraikan hari Raya ini dengan hati yang ceria dan gembira. Lupakan segala dendam yang terbuku dihati. Bermohon maaflah di antara kita semoga dapat mengeratkan lagi siraulrahim.
Apabila menjelangnya hari raya yang paling gembira adalah kanak-kanak. Merekalah yg memeriahkan sambutan hari raya. Pada pagi hari raya, mereka akan memakai baju baru yang beraneka fasyen dan warna. Mereka akan pergi berjalan dari satu rumah ke satu rumah yg lain. Setiap rumah yg dikunjungi akan memberi mereka makan serta yang paling penting bagi duit raya. Amaun duit raya diberi mengikut kemampuan tuan rumah. ada yg memberi dua puluh sen dan ada juga yg beri wang sepuluh ringgit.
Apa-apa pun selamat hari raya kepada semua.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan