kembara

***** KEMBARA SEMALAYSIA***** DALAM MIMPI DAN REALITI BERKEMBARA DI TEMPAT YG MENARIKDIIPOH, KAMPAR, TELUK INTAN, SUNGAI SIPUT, KUALA KANSGAR, TAIPING DAN BATU GAJAH SERTA KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA. UNTUK KETERANGAN LANJUT EMAIL arefendi@yahoo.com

Ahad, 18 April 2010

KHAZANAH YG DILUPAKAN



Setiap negara dan bangsa mempunyai warisan masing-masing hasil peninggalan nenek moyang yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.

Setiap warisan yang ditinggalkan mempunyai identiti masing-masing. Namun dinegara kita ini, warisan yang ada kian dilupakan. Warisan ang ada di hadapan mata kita dibiarkan begitu sahaja. Dalam mengejar arus kemajuan, warisan yang ada dianggap ketinggalan zaman. Tiada pihak yang benar-benar mengambil kisah tentang warisan yang ada.

Lihatlah rumah tradisional melayu lama di atas. Ia dibiarkan begitu sahaja dimamah anai-anai. Kesenian yang ada pada rumah ini tidak dapat dibandingkan dengan rumah moden yang ada sekarang. Setelah tuan punya rumah meninggal dunia, anak-anak mereka tidak lagi mahu menjaga rumah ini. Akibatnya, ia ditinggalkan sepi tidak berpenghuni.

Pihak kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan sepatutnya mengambil langkah untuk memelihara warisan ini. Banyak cara yang boleh dibuat untuk memelihara warisan ini, antaranya mengadakan pertandingan rumah tradisional tercantik. Dengan diadakan pertandingan sebegini, orang ramai akan lebih alert tentang warisan yang asda disekeliling kita.

Janganlah tunggu ia dimamah usia dan lenyap barulah kita nak mencari kembali warisan kita. Pada masa itu sudah terlambat untuk dilaksanakan. Janganlah sampai kita hanya meninggalkan replika warisan kita pada generasi akan datang.

Jika tidak dimulakan sekarang, bila lagi. ......
Jika bukan kita, siapa lagi......fikir-fikirkanlah.....



Rumah tradisional lama yang ditinggalkan sepi tidak berpenghuni dan dibiarkan menjadi semak.


Cubalah bayangkan jika rumah ini dibaikpulih kembali. Tentu ia cantik dipandang dan menjadi salah satu tarikan pelancong


Tiada ulasan:

Catat Ulasan