kembara

***** KEMBARA SEMALAYSIA***** DALAM MIMPI DAN REALITI BERKEMBARA DI TEMPAT YG MENARIKDIIPOH, KAMPAR, TELUK INTAN, SUNGAI SIPUT, KUALA KANSGAR, TAIPING DAN BATU GAJAH SERTA KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA. UNTUK KETERANGAN LANJUT EMAIL arefendi@yahoo.com

Khamis, 14 Januari 2010

SAM POH TONG


Pemandangan Di luar Tokong Sam Poh Tong

Tokong Sam Poh Tong terletak ditepi jalan berhampiran pusat perniagaan Limau Bali. Ia terletak di Jalan Dr. Nazrin Shah Ipoh. Sam PohTong didirikan pada tahun 1912. Di sini terdapat gua batu kapur yang di jadikan tokong. Disini terdapat patung Buddha yang pelbagai rupa. Dihadapannya terdapat 2 patung dewa pintu.



Pemandangan Di dalam Tokong Sam Poh Tong

Jika anda pergi ke tokong Sam poh Tong, jangan lupa beli kangkung untuk diberi kepada kura-kura. Sebelum anda jumpa kura-kura, anda terpaksa melalui terowong.

Note :- Pergilah bersama rakan-rakan. Jangan lupa minum air tebu yang ada dijual dihadapan tokong (tengok gambar di atas-Kal sedang minum air tebu)

KEK LOH TONG CAVE









Pemandangan di pintu masuk Gua Kek LohTong



Gua Kek LohTong merupakan sebuah destinasi wajib dilawati oleh pelancong yang datang ke Ipoh.
Gua ini dikenali juga sebagai Cavern of Ultimate Bliss. Ia merupakan tempat penganut Buddha memohon restu. Pemandangan di gua ini sungguh menakjubkan.
Untuk sampai ke sini ia mengambil masa 15 minit daripada pekan Ipoh. Ia berhampiran dengan Jalan Raja Muda Mahadi dan Jalan Juara. Apabila anda melalui jalan ini, anda akan ternampak papan tanda menunjukkan arah ke gua ini.




















Pemandangan taman di gua Kek Loh Tong


Di Taman ini terdapat tempat orang untuk membuat refleksiologi (rawatan kaki). Kawan saya, Z ada mencubanya. ia sangat menyakitkan bagi orang yang pertama kali mencubanya. Taman ini juga sesuai bagi pasangan kekasih memadu asmara.


Pemandangan di dalam gua Kek Loh Tong
Sungguh cantik pemandangan di dalam gua. Ada pelbagai bentuk batu stalakmit dan salitnite
yang cantik.
Note :- Jika anda datang, jangan lupa bawa kamera untuk merakam gambar yang menarik


Isnin, 11 Januari 2010

RELAX

















Sebagai manusia yang hidup di dunia ini kadangkala kita kena merelaxkan minda dan badan kita. Setelah penat seharian bekerja, ambil cuti sekali sekala untuk melepaskan tekanan yang ada.
Pergilah cuti bersama kawan-kawan dan anak isteri. Jangan peningkan kepala dengan masalah yang ada.

Ahad, 10 Januari 2010

IPOH MORNING VIEW







CALON ISTERI ?


Ini ialah rakan baruku bernama Susan from America. Kalau boleh aku ingin mencari bakal isteriku macam dia kerana dengan keramahannya membuat hariku tertarik kepadanya.

BERSARAPAN BERSAMA MAMAT KHALID
















Pada 10 Januari 2010, aku, Kamarul dan Nizam telah bersarapan di Medan Selera Megoplex. Tanpa diduga Mamat Khalid sedang bersarapan disebelah meja aku bersama isterinya. Tanpa membuang masa aku telah meminta kebenarannya untuk bergambar bersamanya.

GAMBAR LANGKAWI