kembara

***** KEMBARA SEMALAYSIA***** DALAM MIMPI DAN REALITI BERKEMBARA DI TEMPAT YG MENARIKDIIPOH, KAMPAR, TELUK INTAN, SUNGAI SIPUT, KUALA KANSGAR, TAIPING DAN BATU GAJAH SERTA KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA. UNTUK KETERANGAN LANJUT EMAIL arefendi@yahoo.com

Sabtu, 31 Julai 2010

PUTUS SAHABAT

Malam ini aku buat keputusan untuk membuang nama Yan dari senarai kawan2 FB aku. Betul-betul tak guna punya kawan. Sepatutnya bagilah komen-komen yang membina bukan menghentam kawan-kawan.

Aku dulu pernah terbaca buku psikologi. Aku dah tak ingat tajuknya. Menurut ilmu psikologi, kalau ada kawan-kawan yang cuba melemahkan semangat kita, jauhkanlah darinya. Sebab kawan2 jenis ini suka melihat kita gagal. Mereka tidak suka melihat kita berjaya. Sebab itulah mereka ini memberikan komen2 yg membunuh semangat kita. Akibatnya, apabila kita membaca komen mereka akan menyebabkan kita putus asa lalu tidak lagi berminat hendak maju kehadapan.

Nasihat aku pada kawan2 diluar sana, Jadilah Kawan Yang Memberi Komen Membina Bukan Kondem kawan.

LEMAH SEMANGAT

KAWAN YG CUBA MELEMAHKAN SEMANGAT AKU

Petang tadi ketika aku membuka fb, aku terlihat banyak komen yg diberikan kepadaku. Salah satunya adalah dari seorang yg ku anggap kawan (Yan).

Beliau merupakan seorang jurugambar MBI. Yang membuatkan aku marah sangat, dia cuba untuk melemahkan semangat aku untuk mengambil gambar.

Gambar2 aku semuanya dia kondem. Aku tak tahu le kenape dia kondem gambar aku begitu teruk sekali. Kalau dia bagus sangat, berilah tunjuk ajar pada kawan2 yg baru belajar kamera. Bukan nak kondem gambar kawan2 aje.

Sebelum aku beli kamera, aku pernah meminta nasihat dia, yg mana satu kamera nak beli. Nikon @ Cannon. Dia cakap kat aku, beli aje mane2. Yang penting kita boleh ambil gambar. Aku pun belilah kamera Nikon. Hendak dijadikan cerita, lepas aku beli tak tentu pasal dia pertikaikan aku beli Nikon dan bukannya Cannon. Pelik aku. Dah beli baru nak cakap yg cannon lagi baik. Pada masa itu, aku tak kisah lagi. Tapi petang tadi aku cukup2 panas hati.

Bagi aku, kalau bagi komen yg membina aku tak kisah. Sebab dengan komen2 itu kita boleh memperbaiki diri kita sendiri. Komen yang dia bagi kat aku bukan membina, tetapi cuba mematahkan semangat aku. Maklumlah, aku baru berjinak2 dalam fotografi. So, aku ingat dia ni takut persaingan. Dia takut aku akan menjadi pesaing kepadanya.

Sempit betul le pemikirannya. Sepatutnya kalau ada kawan2 yang mempunyai minat yang sama, kita beri panduan, nasihat, pengalaman dan bantuan kepada mereka. Barulah seronok. Sebab itu le aku lebih suka berkawan dengan Abg Ijat yg banyak mengajar selokbelok fotografi.

Kalau dia itu bagus sangat, tentu gambar dia menang award. Ini tidak. Tahu nak kondem orang lain punya gambar aje. Gambar dia tu pun bukan bagus sangat. Datuk bandar sendiri pun tak suka gambar dia. Sebab itu MBI mengupah jurugambar luar. Kalau difikirkan logik, buat apa MBI nak upah orang luar ambil gambar. Padahal dah ada jurugambar sendiri. Fikir2lah.......

Rabu, 28 Julai 2010

STILL LIFE





























Sabtu, 24 Julai 2010

Sehari Bersama Tikushitaro

Ipoh Outing yang dianjurkan oleh Fakhrulrazi telah berjaya diadakan dengan jayanya. Ramai kawan2 fotografi dari Ipoh yang hadir. Sebelum aku terlupa, inginku ucapkan ribuan terimakasih terutamanya Saudara Fakhrulrazi kerana menganjurkan aktiviti seumpama ini. Banyak perkara tentang fotgrafi yg aku pelajari. Sebelum ini aku hanya tahu tangkap gambar lanscape sahaja. Aku tidak tahu yg bidang fotografi luas. Dari street candict, still life, hinggalah tangkap gambar potret. Beliau turut mengajar cara penggunaan flash yang betul. Terima kasih sekali lagi. Tak lupa juga kawan2 yg lain yang turut menurunkan ilmu kepadaku.

Khamis, 22 Julai 2010

Ipoh Town Outing

Akibat dari kesibukkan kerja dan study, aku tiada masa untuk melayari FB. Apabila aku buka FB banyak message yg aku terima. Antara mesege yg paling penting ialah outing fotografi. Pada hari Sabtu ini, member fotografiku ajak aku untuk membuat outing di Pekan Ipoh.

Tempat :- Ipoh Town
Masa :- 8.00 pg hingga 1.00 tgh
Tarikh :- 24/7/2010
Tempat berkumpul :- Ipoh Vengge

Kebetulan pada hari sabtu ini aku ada temujanji dengan telekom untuk memasang talian internet kat umah ku. Cammana yea. Lagipun dah lama aku tak lepak ngan member aku. Sekali-sekala buat outing macam ni seronok juga sebab kita dapat bertukar2 pandangan mengenai fotografi bersama2 kawan2 serta dapat menambahkan lagi kenalan baru.
Apa-apapun, aku akan cuba untuk menghadirkan diri.....

HB Devan














Selasa, 20 Julai 2010

Puding Jagung




Akhirnya ........

Berbekalkan resepi kak Pah, dapat juga aku siapkan puding jagung untuk hari esok. Sedap ke tak, aku belum cuba lagi. Janji nampak macam puding jagung.

Bukan senang hendak menyiapkannya. Aku buat dari pukul 7.30 mlm sampailah 8.30mlm. Lega hatiku dapat complish my puding cake.

Cam mana ok tak?

Salam Takziah




Salam takziah diucapkan kepada Kak Ina di atas pemergian ibunya yang tercinta. Aku berharap Kak Ina rela dengan pemergiannya dan usahlah terlalu bersedih. Yang pergi tetap pergi. Kita hanya boleh mendoakan supaya rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Aku mengenali ibu kak Ina setahun yang lalu. Allahyarhammah merupakan seorang yang peramah dan baik hati. Beliau juga merupakan seorang yang pandai masak.

Teringin juga aku untuk menziarahinya buat kali terakhir, tetapi hajat tidak kesampaian kerana aku baru diberitahu berita kematiannya tengahari tadi.

Apa-apapun aku sedekahkan Al-Fatihah kepadanya.....


Ya Allah Ya Tuhanku,
Ampunilah dosa-dosa Allahyarhamah,
Cucurilah Rahmat ke atas rohnya,
Tempatkanlah Allahyarham dikalangan orang yang beriman,

Isnin, 19 Julai 2010

Belajar Buat Puding Jagung

Aku suka makan puding jagung yg dibuat oleh Kak Pah, lalu aku pun minta resepinya untuk aku membuatnya di rumah. Lagipun aku ingat hari Rabu ini aku nak buat puding jagung untuk kawanku yang menyambut harijadinya yang ke 30.

Ahad, 18 Julai 2010

Perkahwinan di Parit






IPOH INTERNATIONAL RUN 2010

Taksangka pada hari ini cuaca begitu indah dan cerah sekali. Berbanding dengan tahun lepas IIR yang diadakan dalam cuaca hujan lebat, hari ini cuaca semacam merestui acara IIR 2010.

Setelah kelas habis pada jam 11 pagi, aku telah dipanggil oleh Profesor Richard untuk memberi komen mengenai pelajaran aku disini. 1/2jam aku berada di dalam bilik prof dan bermacam2 idea yang bernas aku berikan kepadanya. Samada diterima ke tidak, that is not my concern.

Aku lihat jam sudah menunjukkan pukul 11.30. "Sempatkah aku sampai ke acara cabutan bertuah".


Tanpa membuang masa, aku terus merempit ke Stadium. "Fuh, nasib baik sempat". Aku lihat yang menjaga kaunter cabutan adalah kak Miah denga Shida. Aku pun terus menyemak samada nombor aku telah dicabut ke tidak. Nampaknya tahun ni bukan rezeki aku. Satu hadiah pun aku tak dapat. Tapi tak pe, salah seorang kawan aku (yap) dapat bawa balik sebuah basikal.

"We cannot predict our luck. Sometimes we can be lucky and sometimes not. What can we do is, keep try and don't ever giveup".

Hadiah cabutan bertuah-motorsikal dan basikal

Semasa aku bersembang dengan kawanku, kecoh pula seketika sekumpulan student dari Politeknik. Salah seorang kawan mereka dapat hadiah cabutan bertuah iaitu sebuah motrsikal. Yang menjadi kecohnya, nombor yang bertuah itu bukan nombor mereka tetapi nombor yang diberikan kepada mereka oleh seseorang yang tidak dikenali. Tak disangka2 pula nombor itu bertuah dan berjaya memenangi sebuah motorsikal. Salah seorang dari mereka mencadangkan untuk menjual motor tersebut dan duit hasil jualan akan dibahagi samarata di antara mereka. Aahh lantaklah, itu masalah diorang. Malas aku nak masuk campur. lagipun bukan aku kenal mereka pun. Biarlah mereka bukan keputusan di antara mereka. Kalau kita masuk campur pun bukan boleh dapat ape.

Jumaat, 16 Julai 2010

Mana Satu Nak Pergi....

Hari Ahad ini akan berlangsungnya Ipoh International Run di Stadium Indera Mulia. Kebetulan Pada hari berkenaan aku dikehendaki untuk datang ke kelas disebabkan adanya kelas ganti.

Aku berbelah bahagi samaada nak pergi Kelas atau IIR. IIR pada tahun ini mempunyai banyak hadiah cabutan bertuah yang lumayan antaranya motorsikal. Kalau tak datang rasa rugi pulak sebab manalah tahu nasib aku baik tahun ini boleh dapat motorsikal.

Macam mana yea?,....

Khamis, 15 Julai 2010

DAPAT BALIK DUIT.....

Dah setahun aku beri pinjam duit kepada si R, baru semalam R bayar kembali duit aku.

Si R ini dikenali dipejabat aku sebagai seorang yang liat untuk membayar hutang. Walaupun kawan aku telah memberi amaran kepadaku, namun aku tidak percaya pada mulanya.

Si R telah menceritakan kisah sedihnya kepadaku. Dia beritahu aku dia tidak ada duit hendak bayar kepada mekanik yang menyebabkan keretanya tersadai dibengkel kereta. Keretanya tidak boleh keluar sehingga dia membayar duit repair kereta.

Aku bila mendengar kisah R, membuat hati aku tersentuh. Lalu pinjamkan RM100 kepadanya. R berjanji untuk membayar balik duit pada bulan akan datang.

Janji hanya tinggal janji. Memang betulah apa yang dikatakan oleh kawanku tentang perangainya. Aku tidak mahu memalukan R dihadapan kawan-kawannya kerana hutang. Nanti menyebabkan kawan-kawan lain memandang serong kepadaku. Aku still mengharapkan R membayar duit aku segera.

Setelah setahun berlalu, aku mendengar kabar-kabar angin yang mengatakan R baru mengeluarkan duit KWSP isterinya dan membeli kamera menggunakan duit itu. Pada mulanya aku tidak percaya sehinggalah kawanku beritahu aku yang R belanja satu pejabatnya KFC. Ada pula duit. Aku telefon pejabatnya untuk mendapatkan kepastian.

Memang betul....Tanpa membuang masa aku terus menelefon R.

"Hello R, ko belanja KFC kat pejabat ko yea. Aku ko taknak bagi. Hutang aku bila ko nak bayar?",aku cakap dengan nada yang marah.

R berjanji untuk membayar duit aku keesokkan harinya.

Tak di sangka2 keesokkan harinya R membayar kembali duit aku. walaupun hatiku sakit kerana telah lama menanti tapi apabila R beri duit kepadaku terus hilang kesakitan yang telah setahun membuku dihatiku.

Terima kasih R kerana membayar duitku........

DAH LEPAS EXAM......

Fuh......PTK dah selamat aku ambil. Soalan tahun ini begitu susah sekali. Semua soalan yang aku target tidak masuk. Kebanyakkan semuanya soalan baru contohnya eperolehan dan inventori. Aku langsung tidak tahu jawab. Aku main tembak je. Betul tak betul belakang cerita janji semua soalan aku jawab.

Tapi aku masih menaruh harapan dapat keputusan A & A. Dapatlah aku kenaikan gaji tahun ini.

Insyallah........

Selasa, 13 Julai 2010

PTK JULAI 2010

Esok aku akan menduduki peperiksaan PTK bagi tahun 2010. Setakat ini aku dah baca semua pekeliling dan juga buku perintah AM. Tak tahu le ape soalan yang akan keluar. kadangkala kita dah confident boleh dapat A, tapi akhirnya result tidak menyebelahi kita.

Aku risau kerana tahun ini ada pekeliling baru yang cuba menghalang Kakitangan awam dari menduduki peperiksaan PTK. Jika anda dapat keputusan B dan B, anda hanya diberi peluang sekali lagi sahaja untuk menduduki peperiksaan dan jika masih lagi tidak mendapat A dan A, maka anda tidak boleh menduduki peperisaan lagi. Ini seolah2 cuba untuk menidakkan hak kakitangan awam untuk mendapat kenaikkan gaji.

Cuba kamu fikirkan, senangkah dapat keputusan A dan A? Ada kakitangan awam yang mengambil periksa sebanyak 10 kali pun masih tidak dapat keputusan A dan A.

Tapi apapun aku harap esok aku boleh dapat keputusan A dan A. Barulah boleh dapat kenaikkan gaji. Kita cuba dulu, baru kita tahu.

BANCI PENDUDUK 2010

Pada 6 July 2010 yang lalu telah bermulanya Banci Penduduk Malaysia 2010. Tujuannya adalah mendapatkan data dan maklumat terkini penduduk Malaysia bagi tujuan pembangunan negara.

Banci penduduk bagi tahun ini kurang meriahnya berbanding banci yang lepas2. Dahulu elaun banci dibayar sama banyak antara pembanci dari jabatan-jabatan kerajaan dengan pembanci lain. Tapi pada tahun ini, elaun pembancibagi yang sedang bekerja dengan kerajaan di bayar elaun sebanyak RM150 untuk kerja selama sebulan. Manakala elaun banci bagi pembanci lain dibanyar sebanyak RM1000.

Sebab itulah, pada mulanya aku dah register nak jadi pembanci. Tapi disebabkan elaun yang rendah ak menarik diri di saat2 terakhir.

Jadi pembanci bukanlah senang. Adakalanya anda akan dikejar anjing. Rumah yang hendak dibanci tidak ada orang yang menyebabkan anda terpaksa mengulang sebanyak 3 kali. Dan yang lebih menyakitkan hati trend orang zaman sekarang yang tidak mahu membuka pintu kepada orang yang tidak dikenali. Walupun kita telah memperkenalkan diri, mereka masih tidak percaya kerana macam2 telah berlaku iaitu orang suka menyamar untuk mencuri.

Ahad, 11 Julai 2010

SEPETANG DI BATUGAJAH

Lepas balik dari kelas, ayahku menyuruh aku membeli barang dapur di TESCO. Seperti biasa, aku akan menulis dulu senarai barang yang perlu dibeli di atas sehelai kertas, bukan ape takut lupa je.
Semasa bershopping, aku terpandang ayam goreng yang masih panas lagi. Maklumlah baru angkat dari kuali. Tanpa membuang masa aku terus mengambil ayam goreng itu. Tidak semena-mena jurujual disitu menegur aku sebab aku mengambil ayam mengunakkan tangan. Aku buat tak tahu je.

"Ahhh..Lantaklah, aku yang nak makan",

Selepas membeli belah di TESCO 18, aku terus pergi ke Menara Jam Batu Gajah yang terletak di persimpangan sungai kinta. Ia merupakan tempat lepak aku lepaskan tention.

Tanpa membuang masa aku pun makan ayam goreng yang aku baru beli tadi seorang diri. Sedang aku tengah makan, tiba-tiba datang seorang lelaki yang berumur lingkungan 45 tahun ke arahku.

"Apa yang mamat sorang ni nak", bisik hatiku.

Dia datang terus ke arahku dan bertanya kepadaku samada sungai di hadapanku sesuai untuk memancing atau tidak dan macam2 soalan di ajukan kepadaku.

Aku jawab sambil lewa je, maklumlah aku tengah makan. Lagipun aku tidak mengenalinya. Melihat aku nak tak nak berbual dengannya, dia pun beredar.

"Leceh betul le hari ni. Aku nak relak kejap, dah ade orang kacau", tidak ade mood aku nak menghabiskan ayam goreng aku. Melihatkan jam sudah menunjukkan pukul 7 malam, aku pun beredar.

APPRECIATE YOUR JOB

"If you don't respect a job, not only will you do a poor job of it, but it will corrupt you, and eventually it may even kill you", PETER DRUCKER

Sabtu, 10 Julai 2010

WAJARKAH MANSUHKAN UPSR & PMR?

Menurut UNESCO Pendidikan di Malaysia merupakan negara yang 45 di dunia. Ini merupakan pengiktirafan kepada kita. Malah negara kita juga mempunyai standard pendidikan kita sendiri iaitu MQA.
Melalui sistem pendidikan negara, kita dapat menghasilkan tokoh yang terbilang dunia contohnya Datuk Seri Mahathir Mohammad. Tapi yang menjadi persoalannya, kenapa sistem pendidikan yang sediaada ini perlu diubah?
Kalau kita melihat senario yang berlaku dalam sistem pendidikan negara ini, jika berlakunya pertukaran Menteri Pendidikan maka akan berlakulah perubahan dalam sistem pendidikan negara. Mereka seolah-olah cuba untuk mendapat nama dan populariti dengan mengubah sistem pendidikan yang sedia ada. Cubalah kita lihat kembali apa yang berlaku pada dasar PPSMI yang akhirnya dimansuhkan. Bukan sahaja membuang duit rakyat malah pelajar-pelajar sekolah menjadi mangsa. Pelajar-pelajar ini dahulunya diajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris kemudian diubah kembali pembelajaran dalam bahasa ibunda.
Apa manafaat yang kita dapat dengan pemansuhan UPSR & PMR? Seperti yang kita sedia maklum, UPSR & PMR digunakan sebagai mekanisme untuk menilai seseorang pelajar samaada dia layak untuk ke asrama penuh atau tidak. Malah ia juga digunakan untuk menentukan aliran yang sesuai dengannya samaada aliran Sains dan Sastera.
Sebenarnya pelajar-pelajar mempunyai kemahiran yang berbeza-beza. Ada pelajar yang menjurus kepada bidang kemahiran. Mereka ini tidak minat pada pelajaran berdasarkan teori seperti yang di ajar di sekolah biasa. Melalui keputusan PMR kita boleh tahu samada pelajar ini berminat belajar atau tidak. Bagi pelajar yang mendapat keputusan PMR yang tidak memuaskan, mereka boleh memohon masuk sekolah Teknik dan Vokasional untuk mereka belajar bidang kemahiran yang sesuai dengan mereka dan menyebabkan mereka tidak tercicir dari alam persekolahan.
Jika berlakunya pemansuhan UPSR & PMR, apa pula yang berlaku kepada pusat-pusat tusyen yang terdapat di serata pelusuk negara kita? Kemana pula guru-guru tusyen ini hendak mencari pekerjaan?
Kadangkala keputusan yang kita buat janganlah mengikut isihati kita. Kita perlu berfikir diluar kotak dan berfikir dari semua segi.
Sebenarnya sistem pendidikan yang sedia ada sudah mencukupi. Cuma kita perlu melihat kepada falsafah pendidikan negara iaitu pada peringkat sekolah rendah hendaklah pelajar itu mahir dalam 3 kemahiran iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Kalau kita lihat guru yang cemerlang disuruh ajar kelas yang pandai dan guru-guru yang tidak cemerlang disuruh ajar kelas yang pelajar-pelajarnya lembab. Sepatutnya, guru cemerlang mengajar kelas pelajar lembab kerana kalau mengikut falsafah pendidikan negara, bukan cemerlang dalam peperiksaan yang diutamakan tetapi kebolehan seseorang pelajar itu menguasai kemahiran 3M.

Jumaat, 9 Julai 2010

GADIS BERBAJU MERAH

Pada hari ini aku terkejut melihat perubahan yang terjadi pada seorang rakan sepejabat aku. Selalunya dia hanya memakai skirt pendek tetapi pada hari ini dia memakai baju merah bersama skirt labuh.

Tanpa membuang masa aku terus memujinya.'Wah cantik betul U hari ni je. Barulah nampak ayu'.

'Kenapa U puji I hari ini Fendi', dia terkejut aku memujinya kerana selama ini aku susah nak memuji orang lain.

'Yalah, U pakai macam ni nampak lebih ayu, malah dapat menutup betis U yang banyak lemak tu', jawab aku balik.

'U ni kan, nak puji ke atau nak kutuk I ?', dia menjawab dengan mukanya yang masam.

Sebenarnya, aku ni seorang yang cakap straight forward. Aku tidak suka jenis yang depan cakap lain, belakang cakap lain. Kalau orang itu cantik, aku akan cakap cantik dan kalau tak aku akan cakap no comment.
Wanita kalau tutup aurat sebenarnya akan nampak lebih ayu berbanding kalau tidak menutup aurat. Macam ada seorang rakan sepejabat aku, masa dekat ofis dia akan memakai tudung. Wajahnya lebih ayu lagi cantik daripada Siti Nurhaliza. Tapi dia hanya memakai tudung kat ofis sahaja. Kat luar dia akan membuka tudung. Ada satu ketika pejabat kami membuat rombongan pergi ke Langkawi, aku terkejut melihat dia yang tidak memakai tudung. Hilang keayuannya selama ini. Tidak cantik langsung, nenek aku lagi lawa dari dia.

Sebenarnya inilah hikmah menutup aurat. Kadangkala kita tidak nampak kebaikkannya. Islam mewajibkan sesuatu perkara mesti ada kebaikkan . Kadangkala akibat dari sikap kita yang suka memberontak hanya nampak ia sebagai mengongkong, tapi apabila dikaji dan membuat munasabah diri barulah kita nampak apa yang kita tak nampak selama ini.

KUALA PARI

Sebenarnya Kampung Kuala Pari adalah kampung Melayu yang telah wujud sejak 100 tahun dahulu.

Ia terletak di persimpangan Sungai Kinta dan Sungai Pari. Malah kampung ini terletak di sepanjang sungai Kinta.

Kampung ini pada asalnya satu tapi sekarang ia terbahagi kepada 3 iaitu Kuala Pari HULu, Kuala Pari Tengah dan Kuala pari Hilir. Kuala pari Hulu dan Tengah diletakkan dibawah Parlimen Ipoh Timur manakala kuala Pari Hilir diletakkan di bawah Parlimen Batu Gajah.

Kampung ini diasaskan oleh pawang Andak. Ketika kampung ini dibuka, pada masa itu hanya ada 3 keluarga sahaja. Tapi sekarang terdapat lebih 200 keluarga yang kebanyakkannya mempunyai pertalian keluarga diantara satu sama lain.

Nama kuala pari di ambil semperna nama ikan Pari. Pada masa dulu di sungai kinta adanya spesis ikan pari sungai, tapi akibat dari kesan pencemaran sungai ikan ini telah pupus. Sekarang ikan pari sungai ini ada terdapat di Sabah dan sarawak. Ikan pari sungai lebih kurang sama macam ikan pari laut. Cuma yg berbeza dari segi saiznya yg lebih kecil.

Pada masa pemerintahan Jepun, askar Jepun pernah cuba untuk menyerang kampung. Tetapi dengan kehandalan pawang Andak, serangan askar jepun dapat dipatahkan dengan memukau pandangan askar Jepun seolah2 mereka melihat Kuala Pari diselaputi kabus. Maka dengan itu, kampung Kuala pari dapat diselamatkan dari serangan askar Jepun.

Pada zaman era 50-an hingga 80-an, Kuala Pari dikenali sebagai kawasan Black List. Pada masa ini, anak2 kampung ini merupakan samseng Ipoh. sebab itu ia telah disenaraihitamkan, malah Polis juga takut untuk masuk kampung. Orang Kampung pada masa itu dikenali sebagai orang yang bersatupadu dan orang bengis. Kalau ade je orang luar yang masuk kampung, alamatnya habis semuanya disoalsiasat mengalahkan polis. Malah ada polis yang masuk kampung datang dengan menaiki basikal (pada masa itu polis pakai basikal) balik dengaan jalan kaki kerana basikalnya habis rosak. Orang Cina dan India tidak berani memasuki kampung ini.

Sekarang zaman dah moden. Ramai anak2 muda kampung telah berhijrah ke tempat lain. Akibatnya kampung ini hanya tinggal orang2 tua sahaja.

Kampung Ini banyak menghasilkan baka2 yang berbakat besar.
Adakah anda pernah dengar kumpulan ? Semua ahli kumpulannya adalah dari Kampung Kuala Pari. Pernah menonton drama TV yang di arahkan oleh Man Jinggo iaitu suami kepada Sheila Rosli? Dia juga merupakan anak watan Kuala Pari. Malah ramai yang telah berjaya.

Kampung ini juga pernah dijadikan lokasi pergambaran seperti filem yang telah diterbitkan oleh Along Kamaruddin.

Aku berasa bertuah dan bangga menjadi anak watan Kuala Pari.

THANK U RAKAN FB...

Sekali lagi aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan FB yang sudi mengucapkan selamat hari jadi. Inilah kali pertama, ramai orang mengucapkannya kepadaku.

Ada yang diucapkan oleh rakan2 lama dan juga rakan2 yg baru kenal.

Walaupun sibuk dengan hal masing2, tapi mereka still don't forget to give wishes to me.

Thank You So Much......You all the best friends I ever Have.......

Rabu, 7 Julai 2010

RANCANGAN PERGI KE MEDAN

Aku plan nak pergi ke Medan. Ini merupakan hajatku semperna kelahiranku ke 29.
Aku membuka akaun khAS untuk ke Medan. Sebulanku akan menyimpan duit sebanyak rm50. Aku akan pergi keMedan kalau tidak ade ape aral melintang, tiga tahun akan datang.

Ade kawan2ku yg mempertikaikan aku kerana aku nak pergi dalam masa 3 tahun lagi bukan dalam masa terdekat. Sebenarnya, nak pergi medan melibatkan kos dalam lingkungan RM600. Sebab itulah aku menyimpan rm50 sebulan dan dalam masa 3 tahun duit aku dah mencecah rm1800. Bukan setakat pergi ke Medan, malah pergi ke tempat lain pun boleh.

Sebenarnya, apa2 yang kita buat memerlukan planning. Aku suka membuAT plan dan strategi dalam kehidupanku. Kalau kita tidak plan kehidupan kita, kita akan hidup dalam terumbang ambing tanpa haluan ibarat Kapal yg tiada nakhoda.

HAPPY BIRTHDAY

Selamat harijadi...selamat hari jadi....selamat harijadi yang ke 29.....selamat hari jadi....

Ingat juga kawan2 sekerja ku pada harijadiku...

Hari ini merupakan hari jadi aku yg ke 29. Aku menyambutnya di pejabat sahaja. Pada mulanya aku tidak mahu menyambutnya. Tapi aku tidak sangka kawanku tahu tentang harijadiku. Untuk menjaga hati kawanku, Aku beli kek coklat yg berharga RM18 daripada Fidah. Kak Pah pula membeli 2 bungkus kacang sebagai makanan kudap2 selain kek. Kak Som pula sudi membancuh teh.

Sebenarnya, bukan aku sahaja yang menyambut hariijadi pada bulan Julai. Rupa2nya di pejabatku ade seramai 7 orang yg lahir pada bulan Julai termasuk aku iaitu Fidah, Kak Tim, Kak Jah,Cheah, Steven dan Devan. Untuk menambah kemeriahan , Kami memotong kek bersama2 sebagai simbolik menyambut harijadi.

Walaupun hanya sekadar jamuan ringan, tapi ia merupakan sambutan yg meriah kerana aku menyambutnya dengan rakansekerjaku yg lahir pada bulan sama ngan kelahiranku.

HAK YG TIDAK DIGUNAKAN SEPENUHNYA

Fuh lega hatiku....hari merupakan hari terakhir mid-exam. Pasni, bolehlah aku consentrade pada ujian PTK.

Sebenarnya pada kali ini aku ingin kongsikan satu kisah benar mengenai hak yg kita miliki tetapi tidak digunakan sepenuhnya.

Hak yg aku maksudkan ialah ASB. Seperti yg kita tahu ASB adalah amanah saham yg hanya dibuka kepada golongan bumiputra. Yang menjadi persoalannya, kenapa golongan bumiputra ini tidak mahu masuk ASB sedangkan ia adalah disediakan khas untuk mereka.

Aku ada seorang kawan yg mempunyai duit simpanan dalam lingkungan 20k. Dia hanya simpan duit dalam akaun simpanan biasa sahaja. Aku menasihati beliau agar dia melabur dalam ASB tetapi dia tetap tidak mahu melabur kerana dia tidak percayakan pada polisi kerajaan yang ingin membantu golongan bumiputra.

Sebenarnya siapa yang rugi....Kalaulah dia menyimpan dalam ASB tentu dia dapat faedah pelaburannya dalam jangkauan 8.5% setahun. Kalau 20k tentu dia dapat faedah RM1,600 setahun. SEDANGKAN golongan non-bumi berlumba-lumba masuk dalam amanah saham yang diterbitkan oleh kerajaan kerana mereka tahu risiko dan keuntungan yang mereka dapat.

Tapi golongan bumiputra ini masih tidur lena sehingga ada kawan yg tolong bangunkan mereka pun masih terlena. Berbuih2 nasihat telah diberikan untuk membantu mereka tapi sia2 ibarat mencurah air ke daun keladi. Mereka lebih suka duduk memencilkan diri di dalam bilik tidak mahu terlibat dan mendengar apa yg kerajaan buat bagi membantu mereka.

Sebenarnya siapa yang rugi... Sampai bila hendak memencilkan diri.....Janganlah sampai keistimewaan itu ditarik balik barulah kita melompat dan melatah........Sedarlah wahai kawan2ku.....Janganlah asyik dibuai mimpi2.........

Ahad, 4 Julai 2010

EXAM......

Emm....
Esok dah start mid exam. Semua persiapan telah aku buat. Cuti pun aku dah aply(cuti tanpa rekod).

Lepas mid exam, nak prepare pulak PTK yang akan berlangsung pada 19 Julai ini. Ini yg buat aku kelam kabut, lepas satu exam datang satu exam lagi. Kadangkala bekerja sambil belajar ini ada kebaikan dan ada keburukan. Sebab kita terpaksa membahagikan masa kerja dengan masa belajar. Pening kepala juga dibuatnya. Kalau tidak cukup kekuatan dalaman, ada yg membuat separuh jalan sahaja. Sebab itulah kalau nak bekerja sambil belajar kita perlu mempersiapkan diri dengan kekuatan mental dan fizikal supaya apa yg berlaku pada masa hadapan dapat kita atasinya dengan senang.

Sebenarnya, inilah yg dikatakan pengorbanan. Biar susah dahulu senang kemudian. Yang penting berusaha dan tidak berputus asa.

Sabtu, 3 Julai 2010

MISTERI KEMATIAN IBU AYAM

Apa yg sedang berlaku......Seminggu sekali ade je ibu ayam yg mati. Mati tidak tahu ape sebabnya. Bukan apa, aku kesihan melihat anaknya yg menjerit-jerit memanggil emaknya. Bukan seeokor tapi dah 10 ekor yg mati.

'langggar lari ke' benak difikiranku. setahu aku, tak ade pula orang yg bawa laju dihadapan rumah aku. Aku saja yg bawa laju dikawasan rumahku. Pelik....tidak ade pula kesan kecederaan pada tubuh ibu ayam.

Pada malam 30 jun 2010......

Malam itu aku masih pening kepala memikirkan exam yg akan tiba tidak lama lagi. Pukul 8, aku masuk ke bilikku untuk berehat. tidak berapa lama kemudian, aku terdengar ayam bising di dalam reban.

Ahhhh...Tak de keje lain ke ayam ni..Asyik nak bising je. Dah le aku tengah pening kepala ni.

Pada pukul 9 malam, adik aku memanggil aku. Aku buat tidak tahu je sebab aku tengah pening kepala. Adik aku jerit "Ada Ular". Bila dengar je perkataan ular, aku terus keluar dari bilik dan terus mencapai tongkat rotan.

'Allah' besar betul ular. Inilah pertama kali aku melihat ular tedung sebenarnya lengan orang dewasa. Aku tergamam seketika.
Nak pukul ke tidak...
Tapi, kalau dibiarkan mungkin diri sendiri akan menjadi mangsa.

Tanpa membuang masa, aku pun memukul ular tadi sehingga mati.

Rupanya inilah penyebab kematian ibu ayam. Ular ini hendak makan anak ayam. Oleh kerana ibu ayam kacau, ia akan mematuk mati dahulu ibu ayam barulah ia makan anak2 ayam.

Puas hati aku dapat membunuh tetamu yg tidak diundang ini. Tapi, sampai sekarang jari aku sakit 9mungkin terseliuh) akibat dari memukul ular berkenaan.....

Nota :- Kadangkala kita memikir panjang dan kesian pada ular. Tapi kalu kita tidak membunuh ia mungkin akan membunuh kita....

Jumaat, 2 Julai 2010

NANYE...NANYE

Pada hari Selasa yg lepas iaitu 29 jun 2010........

Aku pulang dari kerja dan sampai kerumah pada pukul 5.15 petang. Aku lihat abang Aku dan adik aku baring diruang tamu. Tanpa membuang masa, aku terus pergi ke bilik aku untuk salin pakaian. Tidak berapa lama kemudian, aku terdengar ada orang menyuruh adik aku bangun dan kemukakan IC.

"Siapa yg datang tu je" bisik hatiku.

Hatiku berbelah bahagi samada hendak keluar atau tidak. Tidak lama kemudian orang yg datang tadi menyuruh abang dan adikku ikut mereka ke balai untuk test urine.

Selepas mereka pergi barulah aku keluar dari bilikku dan bertanya kepada emakku apa yg sedang berlaku.

Menurut emakku, mereka yg datang tadi adalah polis yg datang untuk membawa dan menjalankan ujian urine secara rambang. Yang aku peliknya kenapa polis boleh masuk kerumahku tanpa waran atau surat geledah? Adakah polis boleh masuk ke rumah orang dan membawa mereka ke balai tanpa usul periksa? Malaysia merupakan negara berdemokrasi dan bolehkah polis bertindak sesukahati?

Aku telefon kawan yg merupakan seorang polis juga. Munurut katanya polis Malaysia boleh berbuat demikian kalau ade report. Yang peliknya siape yg membuat report berkenaan. Lagipun yyg kurang ajarnya, mereka tidak memperkenalkan diri mereka sebagai polis malah tidak menunjukkan ID polis. Yang mereka ade adalah sebuah van putih yg tertera perkataan POLIS.

Setelah 1/2 jam menunggu datang polis tadi kerumah yg menyuruh ayahku datang kebalai untuk membuat ikat jamin abang dan adiku di balai polis central. Menurut mereka abang dan adik ku diuji positif dadah. Kami terkejut kerana setahu kami mereka tidak pernah mengisap dadah.

Ayah dan emakku bergegas pergi ke balai polis central. Tapi selang 15minit ibubapaku pergi, abang dan adikku dihantar oleh van polis. Kami terpinga-pinga. Menurut abangku, ujian urine yg dijalankan menunjukkan positif dadah tapi abang aku tidak berpuas hati lantas menyuruh polis membuat ujian pada kali kedua. Ujian pada kali kedua pula menunjukkan keputusan NEGATIF.

Nasib baiklah abang aku meminta ujian kali kedua, kalau tidak tak pasal-pasal masuk lokap. Nanya...memang nanya.

Nota :- kalau polis jalankan ujian urine dan keputusannya positif, minta mereka menjalankan ujian kali kedua.

Khamis, 1 Julai 2010

KAWAN OH KAWAN....

Aku ade seorang kawan yg hendak pergi ke KL. Apabila dengar KL je aku terus teringat kat Low Yat yg terkenal dengan jualan barangan elektronik seperti kamera dan komputer yg dapat dibeli pada harga yg murah.

'"Boleh juga aku pesan pada kawan aku ni untuk beli barang "' terdetik suara hatiku. lalu ku pesan padanya.

Semalam dia telah pulang ke rumah. Aku seronok sebab akan dapat barang yg aku pesan. Rupa2nya apa yg dipesan tidak dibelinya. Alasan- lupa. Adakah benar2 lupa atau buat2 lupa?

Itulah dia namanya kawan........