kembara

***** KEMBARA SEMALAYSIA***** DALAM MIMPI DAN REALITI BERKEMBARA DI TEMPAT YG MENARIKDIIPOH, KAMPAR, TELUK INTAN, SUNGAI SIPUT, KUALA KANSGAR, TAIPING DAN BATU GAJAH SERTA KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA. UNTUK KETERANGAN LANJUT EMAIL arefendi@yahoo.com

Selasa, 29 Disember 2009

Sifat Seorang Isteri

Selain itu menurut kata Saidina Ali r.a , terdapat juga sifat-sifat yang dianggap tidak baik jika ada pada seorang lelaki tetapi ianya baik jika terdapat pada seorang perempuan iaitu :- Sifat Al-Baqlu. Sifat kikir / kedekut kerana dengan sifat ini akan terpelihara harta suami. Sifat Az-Zahhu. Sifat membesarkan diri / sombong kerana apabila seseorang perempuan itu membesarkan dirinya maka enggan dia untuk berkata-kata dengan semua orang dengan perkataan yang lemah lembut. Maka dengan itu akan terpeliharalah suami dari perasaan cemburu dan gelisah. Sifat Al-Jubnu. Sifat penakut kerana dengan sifat ini akan terhindar ia daripada keluar rumah sesuka hati tanpa mengira masa dan waktu.Sifat ini juga akan memelihara seorang isteri daripada sifat cemburu dan perasaan curiga suami. 3. Disunatkan memilih perempuan yang elok rupa parasnya. Disarankan untuk memilih seorang perempuan yang cantik rupa parasnya kerana dengannya semoga akan terhindar keinginan lelaki tersebut untuk memandang akan perempuan yang lainnya. Namun di ingatkan lagi bahawa di tegah untuk mengahwini seorang perempuan yang cantik tetapi tidak mempunyai agama.Dalam hal ini kita disarankan juga untuk memilih seorang perempuan yang kurang elok dari segi paras rupanya asalkan perempuan tersebut kuat beragama dam berakhlak mulia jika perkahwinan tersebut semata-mata untuk mengikut sunnah Nabi s.a.w dan untuk mendapatkan zuriat serta untuk membantunya mentadbirkan rumahtangganya, dan kebanyakkan orang-orang alim dan soleh memilih perempuan yang sebegini untuk dijadikan isteri. 4. Disunatkan untuk memilih seorang perempuan yang mas kahwinnya kurang / murah kerana sabda Nabi s.a.w yang maksudnya “ Bermula yang terlebih baik perempuan itu ialah yang terlebih baik mukanya dan yang terlebih murah isi kahwinnya” Dan dalam hadist Nabi s.a.w. yang lainnya bermaksud “Setengah dari baraqah maka perempuan itu iaitu segerakan dipersuamikan dan di segerakan rahimnya itu kepada beranak” Secara ringkasnya tanda-tanda seorang perempuan yang baik adalah Rendah mas kahwinnya Disegerakan perkahwinannya. Menyegerakan untuk mendapat anak. 5. Disunatkan memilih perempuan yang banyak beranak / melahirkan zuriat kerana sabda Nabi s.a.w maksudnya ,“Lazimkan keatasmu berkahwin dengan perempuan yang banyak anak dan perempuan yang banyak kasih sayang ke atas suaminya” 6. Disunatkan memilih perempuan yang masih anak dara kerana menurut Nabi s.a.w apabila mengahwini perempuan (anak dara) akan menjadi lebih mesra perhubungan antara suami dan isteri. 7. Di sunatkan memilih perempuan yang berasal dari bangsa yang baik iaitu perempuan itu terdiri daripada anak cucu dikalangan orang yang beragama dan anak cucu dari orang yang soleh serta alim kerana menurut sabda Nabi s.a.w yang maksudnya “Pilih olehmu akan perempuan yakni tempat bagi mani kamu itu maka kerana bahawa sesungguhnya gemar itu terlebih mengekalkan” Di galakkan memilih perempuan mahu pun lelaki dari kalangan yang baik-baik kerana menurut Nabi s.a.w, sifat baik dari ibu bapa kadang kala akan di warisi oleh anak samada lelaki mahupun perempuan. “Keturunan baik itu akan diwarisi oleh anak-anaknya” Di samping itu Nabi s.a.w menasihatkan supaya lelaki berhati-hati apabila memilih perempuan agar tidak memilih perempuan yang mempunyai paras rupa yang cantik da berasal dari keturunan yang rosak akhlaknya. 8. Disunatkan memilih perempuan yang bukan dari kerabat yang hampir kerana yang demikian itu mengurangkan syahwat. Sabda Nabi s.a.w pula menyebut yang bermaksud “Jangan kamu kahwin akan perempuan dari kerabat yang hampir maka bahwa sesungguhnya anak itu dijadikan daif tubuhnya” Demikianlah lapan sifat wanita yang di nyatakan oleh Imam Al-Ghazali didalam kitabnya.

Isteri

Bagi saya untuk mencari seorang isteri itu amatlah susah pada zaman ini. memang ramai wanita tetapi adalah mereka benar-benar boleh menjadi isteri yang solehah?
Pada zaman ini kalau kita lihat kebanyakkan wanita tidak menjaga maruahnya. Senang-senang mengadaikan daranya tanpa merasa malu. Dara itu adalah salah satu maruah seorang wanita. Jika ia tidak menjaga maruahnya, maka hinalah dia. Kadang kala saya tertanya-tanya kenapalah senang sangat seseorang wanita itu memberi daranya kepada lelaki. Tidakkah mereka menyesal?

PERKAHWINAN

Pada musim cuti sekolah ini ramai orang mengadakan majlis perkahwinan. Ada seorang kawan telah bertanya kepada saya tentang bila saya hendak kahwin?
Bagi saya soal kahwin bukan jenis perkara remeh temeh. Perkahwinan memerlukan komitmen yang tinggi, bukan untuk suka-suka. Apa yang terjadi pada zaman sekarang ialah orang tidak faham apa itu perkahwinan. Sebab itulah banyak terjadi perceraian. Malah ada yang bercerai dalam masa seminggu sahaja. Sepatutnya sebelum berkahwin, kita seharusnya menyelami apa itu maksud perkahwinan dengan lebih mendalam. Barulah rumahtangga yang dibina kukuh.
Kawan saya ada berkata kepada saya bahawa hukum perkahwinan itu wajib. Sebenarnya Hukum perkahwinan terbahagi kepada empat iaitu wajib, sunat, makruh dan haram. Ia Bergantung kepada keadaan. Sedangkan hukum sembahyang itu wajib tetapi ramai yang tidak menunaikannya. Manakala kahwin pula ramai yang berlumba-lumba untuk kahwin atas alasan kahwin itu wajib tetapi ramai yang tidak menunaikan tanggungjawab selepas berkahwin.
Fikir-fikirkanlah........